PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) harap Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) membenarkan pasukan yang membawa nama negeri ini menjalani latihan di padang stadium. - Foto Syamsi Suhaimi
PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) harap Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) membenarkan pasukan yang membawa nama negeri ini menjalani latihan di padang stadium. - Foto Syamsi Suhaimi
Attirmidzie Rahman


PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) meminta perbadanan stadium memberi kelonggaran kepada pasukan negeri menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sehari sebelum perlawanan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pasukannya perlu mengadakan sesi latihan di stadium sekurang-kurangnya sekali sebelum hari perlawanan.

“Kami berharap Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) membenarkan pasukan yang membawa nama negeri ini menjalani latihan di padang stadium.

“Kalau boleh sehari sebelum perlawanan pasukan dibenarkan menjalani latihan di stadium kerana ia penting untuk pemain mengambil aura sehari sebelum aksi sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas perkembangan sama, Bibi Ramjani mengakui mereka tidak mempunyai kemudahan latihan yang lengkap selain mengharapkan bantuan kerajaan negeri.

“Kami akui kekurangan dari segi kemudahan dan padang untuk menjalani latihan cuma yang kami harapkan hanya ihsan mana-mana pihak yang sudi membantu.

“KAFA membawa nama negeri dan kalau boleh mengenai beberapa perkara untuk kegunaan pasukan ini, saya harap PSK dapat bertolak ansur sedikit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 12:43 AM