Clattenburg kini mengadili perlawanan di Arab Saudi.
Clattenburg kini mengadili perlawanan di Arab Saudi.
Clattenberg henti perlawanan ketika azan. FOTO PRO SPORTS 1
Clattenberg henti perlawanan ketika azan. FOTO PRO SPORTS 1
Daily Mail

PENGADIL Mark Clattenburg menerima pujian selepas menghentikan perlawanan antara Al Feiha dan Al Fateh pada saingan Piala Raja Arab Saudi untuk memberi peluang kepada pemain menunaikan solat.

Dia menghentikan perlawanan waktu tambahan ketika kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan di Stadium Raja Salman Abdulaziz.

Clattenburg kini mengadili perlawanan di Arab Saudi.
Clattenburg kini mengadili perlawanan di Arab Saudi.

Perlawanan dihentikan selama lima minit.

Clattenburg, bekas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL) meniupkan wisel sewaktu azan berkumandang di sebuah masjid berhampiran stadium itu.

Rakaman menunjukkan dua pasukan sedang beraksi sebelum Clattenburg serta merta menghentikan permainan.

Sesetengah pemain dilihat meninggalkan padang dan ada mengambil kesempatan mendapatkan semula kecergasan.

Tindakan pengadil itu menerima banyak pujian di media sosial dengan sesetengahnya menyifatkan tindakan Clattenburg itu sebagai tanda 'hormat' dan ‘menarik'.

Perlawanan itu dimenangi oleh Al Feiha dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Sami Al Khaibari minit ke-118.

Clattenburg kini menjadi Ketua Pengadil bolasepak di Arab Saudi sejak Februari 2017.

Pengadil Inggeris berusia 42 tahun itu sebelum ini mengendalikan final Euro 2016 antara Portugal dan Perancis.

Dia juga mengadili perlawanan Liga Juara Juara (UCL) dan final Piala FA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 12:48 PM