Sanchez datang menaiki kereta Bentley GT melihat rumahnya turut dilengkapi dapur menarik dan bilik piano. FOTO Celeb TV.com/DM
Sanchez datang menaiki kereta Bentley GT melihat rumahnya turut dilengkapi dapur menarik dan bilik piano. FOTO Celeb TV.com/DM
Pemain baru United, Sanchez boleh bermain piano. FOTO Celeb TV.com/DM
Pemain baru United, Sanchez boleh bermain piano. FOTO Celeb TV.com/DM
Daily Mail

ALEXIS Sanchez akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Manchester selepas pemain baru United itu dilihat mengunjungi sebuah rumah mewah berharga £2juta pound (RM11 juta), semalam.

Bekas bintang Arsenal itu yang baru saja mencipta nama selaku pemain berpendapatan paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaji £350,000 pound (RM1.9 juta) seminggu tiba di rumah mempunyai lima bilik tidur itu di Greater Manchester dua hari sebelum menandatangani kontrak bersama Red Devils.

Rumah itu terletak tidak jauh daripada rumah rakan sepasukan antarabangsa Chile Claudio Bravo yang juga lawan setempat peringkat kelab di Manchester City.

Sanchez, 29, datang ke rumah itu dengan memandu kereta supercar Bentley GT berharga £150,000 (RM832,000).

Rumah turut dilengkapi teres berjemur dan panggung wayang mini, bilik piano (Sanchez juga boleh bermain piano) dan bar.

Buat masa ini Sanchez menetap di bilik hotel Lowry berharga £816 (RM4,523) untuk semalam iaitu hotel penginapan bandar yang menjadi tempat tinggal pengurus United, Jose Mourinho.

Dia turut membawa bersama dua anjing kesayangannya, Atom dan Humber yang turut memiliki akaun Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 8:19 PM