SOKPHENG akan isi slot pemain ASEAN buat PKNP. -Foto Agensi
SOKPHENG akan isi slot pemain ASEAN buat PKNP. -Foto Agensi
Azizan Hashim


PERBADANAN Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC mengikat pemain Kemboja, Keo Sokpheng bagi memperkasa pasukan itu bagi menghadapi kempen Liga M 2018 nanti.

Sookpheng,25, sebelum ini adalah pemain Phnom Penh Crown FC yang beraksi di Liga Kemboja adalah import ketiga diikat PKNP FC yang sebelum ini turut mengekalkan khidmat pemain Latvia, Ritus Krjauklis dan Yeon Gi Sung dari Korea Selatan.

Krjauklis yang juga tonggak benteng PKNP FC dalam kempen 2017 bersetuju menyambung kontrak dengan pasukan itu.

Penolong pengurus, Mohd Arfrenddy Arasad berkata Sokpeng memenuhi kuota pemain ASEAN manakala Gi Sung bagi kategori Asia.

Penyerang lincah itu juga pernah berada dalam skuad bawah 23 tahun dan adalah pemain kebangsaan Kemboja masa kini.

“Kami sedang mencari dua lagi pemain import serta melengkapkan kuota pemain tempatan yang masih kosong,” katanya.

Menurut Arfrenddy, beberapa pemain lagi akan diuji apabila mereka mengadakan perlawanan persahabatan bertemu PKNS FC, di Ipoh minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 3:32 PM