GRIEZMANN gagal menyinar ketika menentang Bilbao.  - FOTO Agensi
GRIEZMANN gagal menyinar ketika menentang Bilbao. - FOTO Agensi
Agensi

PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde menggesa Antoine Griezmann mempamerkan prestasi lebih menyengat susulan penampilan sulung yang hambar ketika tewas 0-1 kepada Athletic Bilbao dalam aksi La Liga di San Memes.

Griezmann yang dibeli dengan harga rekod kelab £108 juta (RM553 juta) dari Atletico Madrid bakal mengemudi jentera serangan selepas Luis Suarez dan Lionel Messi tidak tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Real Betis, Ahad ini.

Messi diletakkan di bangku simpanan selepas baharu sahaja pulih kecederaan betis manakala Suarez dan pemain sayap, Ousmane Demebele diketepikan sebulan akibat kecederaan otot.

Dengan Philippe Coutinho dipinjamkan ke Bayern Munich, peluang kini terbuka untuk Griezmann mencuri tumpuan dalam aksi kompetitif pertama di Nou Camp.

“Dia perlu lebih banyak terbabit dengan permainan dan berusaha lebih gigih memecah benteng lawan,” katanya.

“Lebih baik jika dia selalu berada dekat dengan kawasan tetapi ia akan hanya berlaku jika kami mendominasi perlawanan.”

Jaringan lewat Artiz Aduriz mencetuskan kekalahan pertama Barcelona dalam aksi pembukaan La Liga sejak 2008.

Dengan kemenangan Real Madrid dan Atletico Madrid ke atas Celta Vigo dan Getafe, tekanan kini di bahu skuad Valverde untuk mengelak satu lagi keaiban.

JARINGAN akrobatik Aduriz yang merobek gawang Barca. - FOTO Agensi
JARINGAN akrobatik Aduriz yang merobek gawang Barca. - FOTO Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 11:20 AM