PISTORIUS dihukum penjara lima tahun. FOTO AFP
PISTORIUS dihukum penjara lima tahun. FOTO AFP

Pretoria: Atlet Afrika Selatan Oscar Pistorius dihukum penjara lima tahun kerana membunuh kekasihnya, Reeva Steenkamp, tahun lalu.

Hakim Thokozile Masipa menjatuhkan hukuman itu selepas mempertimbangkan permintaan pendakwa untuk hukuman berat manakala peguam bela memohon hukuman yang ringan.

Namun, pakar undang-undang berkata, Pistorius, 27, boleh dilepaskan selepas 10 bulan dan ditahan dalam rumah bagi baki hukumannya itu.

Masipa juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi kesalahan asing melepaskan tembakan di sebuah restoran beberapa minggu sebelum Steenkamp ditembak mati.

Namun, beliau mengarahkan hukuman itu digantung.

Pistorius didapati bersalah minggu lalu atas tuduhan membunuh tanpa niat dengan menembak Steenkamp pada awal pagi Hari Valentine tahun lalu.

Sebelum itu, Pistorius dibebaskan daripada tuduhan sengaja membunuh.

Pistorius yang kudung kedua-dua kakinya mencipta sejarah apabila mewakili Afrika Selatan dan bertanding bersama atlet biasa pada Sukan Olimpik di London pada 2012.

Beliau juga mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik London, tahun itu.

Namun, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa berkata, Pistorius tidak layak bertanding dalam kejohanan itu selama lima tahun ketika menjalani hukumannya, termasuk Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Jeneiro. – AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 8:54 PM