Marquez (dua dari kanan) dan Lorenzo (dua dari kiri) beraksi bersama Rashid (kanan) dan Kim Hock pada perlawanan pertunjukkan di Velodrom Nasional Nilai. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Marquez (dua dari kanan) dan Lorenzo (dua dari kiri) beraksi bersama Rashid (kanan) dan Kim Hock pada perlawanan pertunjukkan di Velodrom Nasional Nilai. -Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ferzalfie Fauzi


JIKA sebelum ini peminat hanya menyaksikan Marc Marquez dan Jorge Lorenzo memecut jentera MotoGP masing-masing di litar, namun mereka dapat melihat kejaguhan kedua-dua jaguh itu beraksi di gelanggang badminton dalam satu perlawanan pertunjukan di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.

Marquez dari Repsol Honda bergandingan bersama bekas pemain perseorangan lelaki negara, Rashid Sidek, manakala Lorenzo yang muncul juara MotoGP pada 2015 berpasangan dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Atlanta 1996, Yap Kim Hock.

Walaupun Kim Hock pakar dalam acara beregu lelaki, namun beliau dan Lorenzo tidak dapat menandingi kehebatan Rashid-Marquez yang berjaya mencatat kemenangan 2-0.

“Saya lihat Marquez memang boleh bermain dengan baik berbanding Lorenzo. Mungkin Lorenzo mengalami kecederaan di bahagian tangan sehingga menyukarkannya melakukan pukulan dengan baik,” kata Rashid yang juga bekas jurulatih perseorangan lelaki negara.

Pada set kedua, Lorenzo terpaksa memberi laluan kepada legenda MotoGP, Mick Doohan yang turut hadir pada perlawanan pertunjukan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 7:15 PM