PEMENANG bergambar bersama tetamu jemputan.
PEMENANG bergambar bersama tetamu jemputan.

Mukah: Alfie Khan Abdul Aziz Khan dinobatkan sebagai Juara Antara Juara di pertandingan Mr Kaul Mukah 2017 yang diadakan sempena Pesta Kaul Mukah kali ke-17 di Pentas 2, Pantai Kala Dana, baru-baru ini.

Selaku juara, Alfie yang bertanding dalam kategori 165 sm ke atas, membawa pulang wang tunai RM500, pingat serta piala yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Alfie dicabar hebat Roger Wong Hing Ming yang menduduki tempat kedua (RM300, pingat dan sijil) manakala Rani Alwiee menduduki tempat ketiga (RM200, pingat dan sijil).

Wan Alizan Ali Basah menduduki tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM100 sambil Edric Jiau Yew Ang di tangga kelima dan menerima RM50. Kedua-dua mereka turut menerima pingat dan sijil.

Bagi kategori 164.9 sm ke bawah, ia di ungguli Mohamad Khairul Semion yang menerima hadiah wang tunai RM500, pingat serta sijil manakala Faizal Mustapha yang menduduki tempat kedua membawa pulang wang tunai RM300, pingat dan sijil sambil Adrian Christ Gim di tempat ketiga (RM200, pingat dan sijil).

Hadiah kepada pemenang disampaikan ADUN Daro Safiee Ahmad, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenel Jeraiee dan Pegawai Daerah Mukah Safrie Saili.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 10:31 AM