CHEF Jason (dua dari kiri), Nessy (lima dari kiri) dan Chef Chong (dua dari kanan) bergabung dalam menyuntik nafas baharu kepada landskap kulinari dan pastri Malaysia.
CHEF Jason (dua dari kiri), Nessy (lima dari kiri) dan Chef Chong (dua dari kanan) bergabung dalam menyuntik nafas baharu kepada landskap kulinari dan pastri Malaysia.
Minda Ranggong


LANDSKAP kulinari dan pastri di negara ini lebih menarik dengan kehadiran jenama antarabangsa produk tenusu Perancis yang terkemuka, Elle & Vire Professionnel.

Melalui acara 'gourmet' eksklusif di Brick Studio by Metal Bees, Petaling Jaya, Selangor jenama antarabangsa di bawah kumpulan Savencia Fromage & Dairy itu menunjukkan bagaimana produk premium dari Perancis dapat meningkatkan menu tradisional Malaysia dengan inovasi kulinari dan pastri yang baharu.

Pengurus Negara Savencia Fromage & Dairy Malaysia, Nessy Meghayani berkata, mereka sangat teruja dalam menyatukan dua budaya dan kepakaran produk tenusu Perancis yang terbaik dengan kekayaan cita rasa Malaysia.

"Kami berazam untuk menggabungkan keaslian dan kreativiti bagi memastikan setiap produk kami seperti krim yang tinggi kandungan lemak sebanyak 35 peratus, dapat memberikan rasa dan prestasi konsisten serta stabil.

"Pada masa sama, kami ingin membantu cef dan pengguna biasa untuk mencapai kecemerlangan kulinari dan pastri," katanya.

Dalam acara khas itu, Chef Chong Ko Wai, Duta Elle & Vire Professionnel, dan Chef Jason Manson, Chef Profesional & Pengasas Bersama JMFood Consultant menunjukkan kepelbagaian ciri-ciri produk tenusu jenama itu dengan mengaplikasikannya dalam resipi tradisional dan kontemporari Malaysia.

Nessy juga berkata, kerjasama dengan Universiti KDU Wollongong Australia di Malaysia melalui 'Generation Program' antara salah satu inisiatif jenama itu dalam menginspirasikan, mendidik dan memperkasakan setiap cef yang berminat dan bercita-cita tinggi dalam masakan.

"Program ini bertujuan memupuk bakat cef muda tempatan dengan menawarkan sokongan komprehensif termasuk latihan, webinar demonstrasi dalam talian, bengkel serta sesi pembelajaran interaktif.

"Kecemerlangan kulinari dan pastri bukan sekadar memerlukan produk terbaik. Ia membabitkan pemupukan bakat untuk merealisasikan potensi produk ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2024 @ 6:30 AM