PRODUK tanpa tenusu itu juga sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa.
PRODUK tanpa tenusu itu juga sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

DUA jenama ikonik NestlÈ, MILO dan NESCAFE kini muncul dengan versi tanpa tenusu yang menjadi sebahagian daripada rangkaian sedia untuk diminum.

MILO dan NESCAF… Dairy Free baharu itu pasti mengujakan penggemar yang mengidamkan minuman berasaskan tumbuhan atau tanpa tenusu keluaran jenama kegemaran mereka.

Rangkaian minuman baharu itu diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.

Komponen susu dalam minuman juga digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, kacang soya, oat dan kacang pea.

Secara umumnya, produk berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah sumber lemak yang sihat, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral serta serat makanan, di samping lebih rendah lemak dan lemak tepu serta bebas kolesterol.

Ketua Pegawai Eksekutif NestlÈ (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pihaknya teruja untuk julung kalinya memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu di negara ini bagi melengkapkan inovasi produk dalam menyediakan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berkhasiat dan mesra alam.

RANGKAIAN minuman baharu MILO dan NESCAF… Dairy Free diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.
RANGKAIAN minuman baharu MILO dan NESCAF… Dairy Free diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.

Ini kerana semakin ramai pengguna membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat selain meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri mereka sendiri malah alam sekitar.

Kata Aranols, Nestle menginovasi minuman MILO dan NESCAF… dengan menghasilkan versi tanpa tenusu untuk kedua-dua jenama itu bagi menyokong keperluan berasaskan tumbuhan ke arah masa hadapan yang lebih lestari.

"Pelancaran rangkaian minuman baharu ini sejajar dengan komitmen kami untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

"Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan mencetuskan revolusi cara penghasilan makanan justeru, kami berharap dengan menawarkan makanan dan minuman berasaskan tumbuhan akan dapat membantu mencapai cita-cita berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia Diminum, NestlÈ (Malaysia) Berhad,

April Wong pula berkata, pihaknya turut bangga menerajui usaha NestlÈ dalam memperkenalkan rangkaian sedia diminum tanpa tenusu yang baharu itu.

Katanya, minuman itu adalah pertama seumpamanya untuk NestlÈ, justeru mereka berharap produk berkenaan dapat mencetuskan minat dalam kalangan pengguna yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan terhadap MILO, jenama kegemaran jutaan rakyat Malaysia.

"Selain itu, dengan NESCAF… menyertai rangkaian tanpa tenusu ini, kami juga berharap penggemar kedua-dua jenama itu kini mempunyai alasan yang baik untuk meneroka langkah menuju perjalanan berasaskan tumbuhan bersama kami," katanya.

ARANOLS
ARANOLS

Sementaa itu, terdapat dua format MILO Dairy Free Badam: UHT 1 liter dan botol PET 225 mililiter (ml).

Manakala, NESCAF… Dairy Free Badam Latte dan NESCAF… Dairy Free Oat Latte pula boleh didapati dalam format botol PET 225ml.

Dengan rasa ikonik yang digemari rakyat Malaysia, produk tanpa tenusu ini juga sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa.

Apa yang istimewanya, rangkaian minuman itu turut memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 6:30 AM