Dairy Champ

Kuala Lumpur: Wira paralimpik kebangsaan, Ridzuan Puzi dan Muhammad Ziyad sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi atlet paralimpik pertama dipilih sebagai duta produk Dairy Champ.

Bagi Dairy Champ, ia juga adalah jenama tenusu yang paling pertama melantik atlet paralimpik sebagai duta produk. Kedua-dua atlet ini akan menjadi ikon baru dalam kempen produk tenusu kegemaran ramai, sekali gus bakal beraksi dalam iklan kreatif yang sebelum ini menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia.

Dairy Champ sebelum ini menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia dengan iklan kreatif mencuit hati yang menampilkan Dato’ David Arumugam dan Dato’ Seri Vida.

Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd, S Santharuban berkata, kedua-dua wira kebangsaan itu dilamar menjadi duta baru selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam bidang kesukanan.

Menurutnya, kegigihan dan semangat ditonjolkan mereka untuk meraih kejuaraan dilihat selari dengan tema produk Dairy Champ iaitu ‘Mesti-Lah’.

“Kami amat kagum apabila Ridzuan Puzi yang menghidap cerebral palsy (CP) sejak setahun, mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016.

“Malah Muhammad Ziyad meraih pingat emas serta mencipta rekod dunia baru menerusi acara lontar peluru lelaki F20,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan melihat kempen pemasaran membabitkan dua atlet paralimpik itu di beberapa platform termasuk di papan iklan, media cetak dan digital dalam tempoh terdekat.

“Kami tidak sabar untuk berkongsi kempen ikonik ini bersama rakyat Malaysia. Diharapkan ia akan menjadi inspirasi buat semua,” katanya.

Produk Dairy Champ menggunakan susu lembu berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin. Selain lebih memuaskan dengan sajian kopi dan teh, produk Dairy Champ juga melazatkan sajian sup serta sos dan sesuai digunakan dalampencuci mulut dan sapuan untuk roti.

Dairy Champ Tarik Lebih Buih Krimer Manis and Dairy Champ Krimer Sejat boleh didapati di semua rangkaian jualan seluruh negara berserta dengan variasi yang lain.

Maklumat lanjut sila layari http://www.etikaholdings.com/our-brands#DairyChamp

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 8:08 AM