TEKNOLOGI yang memberi penekanan kepada serapan hentakan.
TEKNOLOGI yang memberi penekanan kepada serapan hentakan.
Hafiz Ithnin


ASICS mengumumkan pelancaran kasut larian model Gel-Nimbus dalam varian terbaharunya, Gel-Nimbus 25 iaitu kasut larian yang selesa membantu pelari mendapatkan pengalaman terbaik ketika berlari.

Menerusi penilaian yang dilakukan The Biomechanics Lab di Australia Selatan mendapati Gel-Nimbus 25 mendapat pilihan nombor satu dari segi keselesaan dalam kalangan pelari yang menilai prestasi kasut berkenaan.

Perkara itu terutamanya dari segi Gel-Nimbus 25 yang mempunyai lebih kusyen dan membantu 'mendaratkan' tapak kaki lebih lembut ketika berlari, sekali gus menawarkan rasa lebih selesa ketika melakukan aktiviti berkenaan.

Gel-Nimbus 25 mempunyai ciri teknologi PureGEL yang menawarkan lebih lembut berbanding teknologi Gel yang membantu mendaratkan tapak kaki dengan lebih lembut.

Teknologi itu juga tidak kelihatan dari luar kasut adalah strategi integrasi di dalam 'midsole' untuk mempertingkatkan serapan hentakan dan transisi lebih lancar.

Dicipta untuk menyediakan keselesaan tapak kaki, kasut berkenaan juga ringan dan mempunyai kusyen FF Blast Plus Eco kusyen, 20 peratus lebih fom berbanding varian sebelum ini.

Pengurus Kanan Global Barisan Produk dan Kasut Larian Prestasi Asics, Laura Bolgen berkata, bersandarkan falsafah reka bentuk Asics, syarikatnya menggunakan penilaian atlit, kajian bio kimia, kaedah lestari dan kemahiran kreatif untuk mencipta produk terbaik untuk fizikal dan mental.

"Untuk membangunkan Gel-Nimbus 25 kami meletakkan ke suatu tahap yang lebih tinggi kerana ingin mencipta kasut larian paling selesa.

"Kami membangunkan produk ini lebih 18 bulan dan berharap setiap pelari dapat menikmati perbezaan keunikan keselesaan model Gel-Nimbus," katanya.

Gel-Nimbus 25 tersedia untuk gaya lelaki dan perempuan di semua rangkaian runcit Asics, secara dalam talian dan kedai larian bermula 1 Februari lalu dengan harga RM699 sepasang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2023 @ 6:45 AM