Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA terkenal, ASICS melancarkan rekaan kasut sukan untuk larian terbaharu, GEL KAYANO 28 bagi memberi lebih pilihan kepada peminatnya.

Ia direka dengan gabungan teknologi Dynamic Duomax dan rekaan tapak tumit luaran yang memastikan pemakainya dapat berlari dengan lebih selesa.

Lebih istimewa, getah berbusa FF Blast yang digunakan pada hujung kasut itu juga hadir dengan kusyen ringan untuk memastikan lantunan larian yang responsif dan lebih dinamik.

Selain itu, penggunaan teknologi Pembinaan Ruang 3D untuk jantina juga dapat membantu pemakai dapat berlari dengan lebih lembut, lancar dan selesa.

REKAAN kasut larian terbaharu, GEL KAYANO 28 daripada ASICS.
REKAAN kasut larian terbaharu, GEL KAYANO 28 daripada ASICS.

Model baharu berkenaan menawarkan pelari dengan pilihan kasut yang boleh dipercayai untuk mengambil bahagian dalam misi jenama itu untuk 'Menggerakkan Satu Juta Pemikiran' pada 2021.

Sempena Hari Larian Global 2021, jenama itu mencabar pelari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam acara World Uplifting Minds Run.

Ia boleh disertai menerusi aplikasi Race Roster dan ASICS Runkeeper, untuk melihat kesannya terhadap minda mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 6:30 AM