Nurshafika Suhaimi

KUALA LUMPUR - Pengeluar kasut terkemuka Jepun, ASICS melancarkan koleksi terbaharu NOVABLAST™ 4, 'a bouncy trainer' yang menjadi salah satu kasut lari ASICS paling popular.

Diilhamkan oleh alam semula jadi, berbunga dan corak Lingkaran Fibonacci Golden Spiral, NOVABLAST™ 4 mempunyai reka bentuk geometri tersendiri yang unik. 

Apa yang menarik mengenai keluaran kali ini adalah ciri trampolin kasut yang dihasilkan melalui gabungan kusyen FF BLAST™ PLUS ECO dapat memberi pendaratan yang lebih lembut dan responsif kepada pemakai. 

Ciri ini membolehkan kaki menjadi paling fleksibel dan stabil serta membantu pemakai berlari dengan lebih selesa dalam jangka masa yang lama di samping dapat mengurangkan tekanan pada tapak kaki. 

Dalam menjamin kesejahteraan alam sekitar, rekaan FF BLAST™ Plus Eco ini diperbuat daripada 24 peratus bahan terpakai seperti lebihan sisa daripada proses pemprosesan tebu.

Selain itu, edisi ini adalah model NOVABLAST™ pertama yang dilabelkan oleh CO2E, menawarkan ketelusan ke dalam inisiatif kemampanan ASICS.

Malah, pelepasan CO2E kasut NOVABLAST™ 4 adalah 23 peratus lebih rendah daripada purata industri*.

Perlindungan terbaik untuk kaki

Image

Istimewanya, NOVABLAST™ 4 hadir dengan midsole dan outsole yang direka khas untuk membantu menyerap hentakan kaki dengan baik serta memberi kesan responsif kepada pemakai.

Ia mempunyai rebound yang lebih kuat dengan gabungan kusyen FF BLAST™ PLUS ECO bagi memberi lantunan yang baik. 

Ini bermaksud, impak hentakan bahagian tumit tidak terasa berat dan membuang tenaga, sebaliknya, bahagian hujung kaki melantun lebih ringan dan situasi ini membantu pelari untuk memecut dengan lebih selesa. 

Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan terutama bahagian yang melibatkan sendi sepeti buku lali dan lutut.

Bukan itu sahaja, NOVABLAST™ 4 turut menawarkan keselesaan tiada tandingan dengan ciri lebih 'breathable' melalui penambahan 'highly breathable woven' di bahagian atas yang tidak akan membuatkan kaki pemakai terasa ketat atau berpeluh semasa berlari.

ImageDengan reka bentuk dan ciri ditawarkan, kasut NOVABLAST™ 4 pasti menjadi pilihan terbaik serta memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua pelari.

Kasut NOVABLAST™ 4 akan tersedia untuk lelaki dan wanita di semua kedai runcit ASICS, atau secara dalam talian bermula 1 Disember 2023 pada harga RM549.00.

Dapatkan sepasang kasut  NOVABLAST™hari ini dan rasai perbezaan pengalaman larian luar biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kasut NOVABLAST ™ 4, layari laman web ASICS Malaysia.

*Dinilai menggunakan Metodologi Jejak Karbon Asics versi 1.1 dan pelaporan yang paling komprehensif yang tersedia untuk industri kasut lari secara purata yang dikendalikan oleh MIT

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 4:32 PM