KONGSIKAN kisah menarik mengenai Ramadan kepada anak-anak.
KONGSIKAN kisah menarik mengenai Ramadan kepada anak-anak.
Hafiz Ithnin


Tidak dinafikan kehadiran Ramadan sering dinantikan setiap umat Islam untuk menggandakan pelbagai amalan dan ibadah.

Bagi yang mempunyai anak-anak masih baru mengenal erti Ramadan pastinya anda sebagai ibu bapa mencari langkah terbaik untuk memberi pendidikan mengenai kemanisan bulan penuh keberkatan itu.

Apatah lagi, jika mereka ingin sahur, berpuasa dan berbuka bersama-sama selama sebulan sekali gus mencipta momen indah dalam hidup berkeluarga.

Dalam Wanita Metro (WM) kali ini, kami ingin kongsikan beberapa tip mendidik anak-anak yang masih kecil untuk turut sama mencintai Ramadan.

1. Kongsikan kisah menarik mengenai Ramadan.

Dalam Ramadan terdapat pelbagai kisah menarik yang boleh dijadikan teladan kepada si kecil. Menerusi kisah-kisah menarik ini ibu bapa atau penjaga boleh menjadikannya sebagai pedoman kepada anak-anak bahawa ibadah puasa adalah sesuatu yang menarik untuk dilakukan.

2. Menghias kediaman bersama Untuk menyuntik

semangat kepada anak-anak yang baharu mengenali keindahan Ramadan, tiada ada salahnya jika anda bersama-sama mengajak mereka melakukan aktiviti menghias rumah bagi membuktikan bulan penuh keberkatan ini adalah satu sambutan yang istimewa.

BERI pujian untuk setiap kemampuan si kecil melakukan amalan dalam bulan Ramadan.
BERI pujian untuk setiap kemampuan si kecil melakukan amalan dalam bulan Ramadan.

3. Berikan ganjaran

Jika anak-anak anda turut berpuasa, tiada salahnya memberikan ganjaran kepada mereka yang bukan sahaja dalam bentuk hadiah tetapi juga pujian.

Kanak-kanak pastinya merasa lebih dihargai dan seronok untuk meneruskan perkara yang mendapat perhatian ibu bapa atau penjaga mereka.

4. Jangan memaksa

Mendidik kanak-kanak haruslah dengan cara yang lembut dan bukan paksaan kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada mental mereka.

Sekiranya anda ingin si kecil bersama-sama berpuasa misalnya, lakukan secara berfasa iaitu mungkin dalam tempoh separuh hari terlebih dahulu dan tingkatkan jam demi jam apabila mereka sudah bersedia.

Jika anak anda mengadu tidak mampu meneruskan berpuasa jangan memaksa kerana khuatir akan memberi kesan kepada kesihatan. Apatah lagi, jika mereka masih kecil.

SEDIAKAN juadah bersama ketika berbuka bersama si kecil dapat menarik perhatian mereka.
SEDIAKAN juadah bersama ketika berbuka bersama si kecil dapat menarik perhatian mereka.

5. Sediakan juadah bersama

Aktiviti menyediakan juadah bersama si kecil adalah perkara yang paling menarik jika anda bijak memancing emosi kanak-kanak.

Ini kerana mereka akan dapat merasakan bahawa hidangan juadah untuk seisi keluarga adalah hasil air tangan mereka juga.

Beri pujian untuk setiap sentuhan menu yang mereka lakukan walaupun sekadar membancuh air kerana ia dapat memberi semangat kepada mereka untuk menghayati keindahan Ramadan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 6:12 AM