ELAKKAN daripada mencucuk atau memicit biji milia kerana ia boleh merengsakan kulit.
ELAKKAN daripada mencucuk atau memicit biji milia kerana ia boleh merengsakan kulit.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Selain jerawat dan jeragat, ramai wanita berdepan masalah kehadiran biji milia atau turut dikenali sebagai biji kolesterol pada wajah.

Biji milia biasanya muncul di sekitar mata, hidung dan pipi.

Ia dikatakan wujud akibat lebihan keratin yang terperangkap di bawah kulit.

Dari segi warna, biasanya ia berwarna putih, kekuningan atau sama dengan kulit seseorang.

Meskipun ia biasanya bersaiz kecil, namun kehadiran biji milia ini boleh menjejaskan kecantikan wajah terutama jika ia timbul banyak.

Namun, penyebab kehadiran biji milia mungkin berbeza bagi setiap wanita.

Ada yang dikatakan berpunca daripada perubahan hormon, kesan prosedur kosmetik mahupun selepas penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Secara umumnya, tidak ada rawatan atau ubat-ubatan khusus yang diperlukan untuk mengatasi masalah biji milia kerana ia dipercayai boleh hilang dengan sendirinya.

Tetapi kini, sudah banyak klinik kecantikan mahupun pakar dermatologi yang menawarkan khidmat menghilangkan biji milia menggunakan kaedah rawatan laser, jarum dan sebagainya

BANYAK klinik kecantikan mahupun pakar dermatologi menawarkan khidmat menghilangkan biji milia menggunakan kaedah rawatan laser dan jarum.
BANYAK klinik kecantikan mahupun pakar dermatologi menawarkan khidmat menghilangkan biji milia menggunakan kaedah rawatan laser dan jarum.

Begitu pun terdapat beberapa petua penjagaan kecantikan yang boleh dicuba sendiri di rumah untuk menghilangkan kemunculan biji milia.

Antaranya, amalkan rutin mencuci, skrub dan melembapkan kulit secara konsisten.

Ini kerana pengelupasan secara lembut di bawah mata akan mendorong kemunculan sel-sel kulit baharu dan menyingkirkan keratin yang tersumbat.

Tetapi, pastikan anda melakukannya secara bersederhana kerana pengelupasan yang melampau boleh merengsakan kulit.

Selain itu, pilih pencuci yang bebas minyak berbanding pencuci muka biasa.

Jika ada bajet lebih, beli serum malam yang mengandungi vitamin E atau vitamin A topikal (retinal).

SERUM dikatakan dapat mengunci kelembapan dan meningkatkan pertumbuhan sel kulit baharu ketika tidur.
SERUM dikatakan dapat mengunci kelembapan dan meningkatkan pertumbuhan sel kulit baharu ketika tidur.

Serum dikatakan dapat mengunci kelembapan dan meningkatkan pertumbuhan sel kulit baharu ketika tidur.

Dalam pada itu, buah tembikai dan limau kasturi juga dikatakan dapat membantu menghilangkan masalah kemunculan biji milia.

Caranya mudah iaitu hanya mencampurkan perahan air tembikai dan perahan limau kasturi serta sapukan pada wajah.

Biarkan sapuan itu seketika sebelum cuci wajah dengan bersih. Ia boleh dilakukan dua atau tiga kali sehari.

Campuran gula dan dan minyak zaiton juga dipercayai dapat membantu menghilangkan biji milia pada wajah.

Campurkan sesudu gula dan sesudu minyak zaiton serta sapukan pada wajah seperti skrub.

Sementara itu, air mawar dan madu manuka juga dipercayai dapat membantu menghilangkan biji milia.

Caranya, amalkan semburan air mawar dan gunakan madu manuka sebagai 'masker' pada wajah.

AMALKAN rutin mencuci, skrub dan melembapkan kulit secara konsisten.
AMALKAN rutin mencuci, skrub dan melembapkan kulit secara konsisten.

Boleh juga gunakan cuka epal dengan cara merendam kapas dan tekap di kawasan biji milia.

Gunakan pita pelekat untuk melekatkan kapas di bahagian itu dan selepas dua jam, tanggalkan kapas kemudian bilas dengan air suam. Ia boleh diamalkan dua kali sehari.

Satu lagi petua hilangkan biji milia di sekeliling mata anda secara selamat dan semula jadi adalah menggunakan kulit pisang.

Kulit pisang mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan enzim di dalamnya dapat membantu menghilangkan biji milia secara semula jadi.

Apa pun, elakkan daripada mencucuk atau memicit biji milia kerana ia boleh merengsakan kulit dan terdedah dengan potensi untuk berlaku jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 8:23 AM