REKAAN menarik untuk seisi keluarga.
REKAAN menarik untuk seisi keluarga.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Uniqlo tampil dengan koleksi fesyen edisi terhad terbaharu hasil kolaborasi menarik bersama jenama terkenal dari Finland, Marimekko.

Koleksi bertemakan Musim Panas Yang Menggembirakan itu diinspirasikan daripada tradisi musim panas negara-negara Nordik yang disinari kehangatan matahari sepanjang musim itu.

Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Uniqlo Co Ltd, Yuki Katsuta berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan jenama itu sekali lagi.

Kata Katsuta, kolaborasi itu juga menyaksikan paparan buat pertama kalinya corak yang dihasilkan pereka Marimekko yang berasal dari Jepun, Fujiwo Ishimoto.

Katanya, corak yang dihasilkan dengan kombinasi rekaan Scandinavia dan elemen masyarakat Jepun bukan sahaja unik malah halus serta berani.

"Koleksi berkenaan menggabungkan elemen jenama kami yang ringkas dan cetakan ceria Marimekko.

"Ia direka untuk menikmati saat penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan. Diharapkan koleksi penuh warna-warni ini akan memberi lebih keceriaan dan 'tenaga' kepada masyarakat sepanjang musim panas ini," katanya.

Pengarah Rekaan Untuk Rumah dan Rekaan Cetakkan Marimekko, Minna Kemell-Kutvonen pula berkata, mereka turut bangga dengan kolaborasi edisi terhad itu.

BLAUS denim rekaan leher berbentuk V yang sesuai dipadankan bersama skirt denim labuh dalam corak yang sama.
BLAUS denim rekaan leher berbentuk V yang sesuai dipadankan bersama skirt denim labuh dalam corak yang sama.

"Cetakan untuk koleksi berkenaan menggambarkan keindahan dan tenaga sepanjang musim indah ini.

"Gabungan corak musim panas kami yang menarik dan gaya almari pakaian jenama itu membangkitkan kemudahan musim panas yang sempurna.

"Kami percaya, bahasa untuk rekaan adalah universal dan berharap rekaan berkenaan akan membawa keceriaan musim pamas kepada masyarakat seluruh dunia," katanya.

Dalam pada itu, selain Ishimoto, koleksi terbabit turut menampilkan pilihan cetakan menarik dari Annika Rimala, pereka yang terkenal dengan rekaan moden dan berirama.

Pelbagai pilihan denim, baju dan aksesori menarik boleh dimiliki untuk melengkapkan lagi gaya pada musim panas kali ini.

Antaranya, blaus denim rekaan leher berbentuk V yang sesuai dipadankan bersama skirt denim labuh dalam corak yang sama.

REKAAN selesa untuk bayi anda.
REKAAN selesa untuk bayi anda.

Selain itu, gaun tanpa lengan kanak-kanak perempuan hadir dalam corak yang sama dengan gaun kamisol wanita dewasa untuk fesyen sedondon si ibu dan anak.

Aksesori berwarna-warni seperti topi, beg sandang dan sandal espadrille yang lebar, menambah sentuhan menarik untuk gaya denim.

Terdapat juga pelbagai jenis rekaan potong dan jahit dan koleksi daripada fabrik kain jersi.

Tidak ketinggalan, koleksi itu turut menyediakan himpunan gaun, kemeja-T grafik, gaun jersi yang selesa dan legging bayi dalam pelbagai rona menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 7:00 AM