WANITA berbadan besar mampu kelihatan menarik jika bijak menggayakan pakaian. - FOTO Google
WANITA berbadan besar mampu kelihatan menarik jika bijak menggayakan pakaian. - FOTO Google
Oleh Hafiz Ithnin


KADANGKALA apabila terdapat persepsi bahawa bentuk badan berisi atau gemuk itu tidak cantik berbanding dengan mereka yang mempunyai bentuk tubuh yang langsing dilihat agak ketinggalan pemikiran sebegitu.

Penganalisis fesyen, Profesor Dr Zuhaili Akmal Ismail berkata, mengukur kecantikan seseorang itu bersandarkan bentuk tubuh badan adalah sesuatu yang salah kerana setiap manusia dilahirkan dengan kecantikan tersendiri.

Katanya, walaupun ada individu yang dilahirkan dengan bentuk tubuh menawan, tetapi tidak bijak dalam mengayakan pakaian atau menjadi mangsa fesyen, ia juga antara garapan yang tidak menarik untuk dilihat.

"Kecantikan ini adalah perkara yang subjektif untuk kita bincangkan kerana tidak semua mata menilai kecantikan tubuh badan itu adalah sama.

"Jadi, perkara yang lebih utama ialah kita perlu bijak untuk menggayakan busana tanpa menafikan bentuk badan yang dimiliki," katanya.

Justeru, pakar itu berkongsikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan untuk mereka yang berbadan berisi untuk terus tampak menarik.

1. 'Shapewear'

'Shapewear' adalah rahsia anda. 'Shapewear' adalah pakaian dalam yang akan membuat penampilan anda menjadi lebih feminin dan kemas.

Berikut adalah jenis 'shapewear' yang sesuai untuk anda gunakan.

'Girdle' - Anda boleh memilih untuk memakai jenis girdle kurang berkeyakinan pada bahagian perut, paha dan punggung. Susuk tubuh yang sesuai untuk pemakaian 'girdle' adalah seperti 'hourglass', 'apple' dan 'pear'.

'High Waisted Inner'- 'Shapewear' ini membetulkan postur badan anda, merampingkan pinggang dan membentuk lekuk tubuh. Susuk tubuh yang sesuai untuk pemakaian 'shapewear' ini adalah 'inverted triangle'.

PENGAYAAN yang bersesuaian mampu menonjolkan identiti menarik wanita berbadan berisi. - FOTO Google
PENGAYAAN yang bersesuaian mampu menonjolkan identiti menarik wanita berbadan berisi. - FOTO Google

2. 'Tuck In'

Pilih baju yang tidak terlalu besar atau longgar. Jauhi 'oversize' kemeja -T. Ada dua cara untuk anda memasukkan kemeja- T atau blaus anda untuk kelihatan bersahaja:

'Bodysuit Tuck' - Masukkan kemeja-T/blaus anda dalam seluar untuk kelihatan seperti 'bodysuit'. Pastikan suai padan dengan 'high waisted inner shapewear' dan 'high-waisted pants'.

'Effortless Tuck' - Masukkan baju anda ke dalam dan tarik keluar separuh daripada bahagian yang sudah dimasukkan. Kemudian keluarkan bahagian sisi pinggang untuk kelihatan bersahaja. Anda pasti kelihatan 'stailo' untuk menggayakan 'tuck' ini.

3. Warna dan motif

Warna seperti hitam, merah hati, hijau camouflage, biru navy dan kelabu akan membuatkan garis tubuh anda lebih rapi dan mudah digayakan dengan tas tangan. Warna ini adalah ideal kerana warna ini menyerap cahaya dan tidak menampakkan kedutan pada jarak yang jauh.

JANGAN terlalu sarat dalam mengayakan aksesori kerana  ringkas mampu mencuri pandangan. - FOTO Google
JANGAN terlalu sarat dalam mengayakan aksesori kerana ringkas mampu mencuri pandangan. - FOTO Google

4. 'Layering'

Rahsianya adalah untuk mencipta lapisan warna yang sesuai dan monokrom. Pilih jaket atau kardigan dengan warna yang sama untuk seluar anda. Sekiranya anda memakai jaket biru gelap, suai padan denim biru gelap dengan rona yang sama akan memberi ilusi yang anda lebih tinggi dan lebih ramping.

5. Seluar

Seluar 'high-waisted' adalah 'your go to.' Seluar sebegini akan mengunci bahagian yang anda kurang yakin. Potongan seluar ini boleh membuat bahagian tengah badan anda kelihatan lebih tinggi dan menjadikan kaki kelihatan lebih panjang.

6. Aksesori

  • Rantai

    Elakkan aksesori yang berlebihan atau tindanan beberapa rantai, cukup dengan satu 'statement piece' yang panjang.

  • Kasut

    Pilih kasut tumit tinggi yang mempunyai bentuk tirus ke hadapan untuk membuatkan kaki anda kelihatan lebih langsing.

  • Tas tangan

    Untuk wanita seperti anda, tas tangan sehingga paras pinggang adalah lebih sesuai untuk anda. Baik 'tote' atau 'shoulder bag', seimbangkan saiznya dengan tubuh anda supaya tidak menenggelami susuk tubuh anda.

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 7:00 AM