KEMEJA-T dan skirt juga menarik untuk digayakan bersama.
KEMEJA-T dan skirt juga menarik untuk digayakan bersama.
PEMAKAIAN kemeja-T hitam kelihatan santai dengan pelbagai rona jeans.
PEMAKAIAN kemeja-T hitam kelihatan santai dengan pelbagai rona jeans.
GAYA kasual apabila mengenakan kemeja-T dan blazer.
GAYA kasual apabila mengenakan kemeja-T dan blazer.
Hafiz Ithnin


BAGI segelintir individu pemakaian kemeja-T hitam atau putih polos antara pilihan dan kegemaran. Malah, ada yang mengenakannya setiap hari.

Pemakaian kemeja-T polos hitam atau putih juga dilihat sebagai identiti seseorang yang gemarkan gaya santai dan ringkas.

Tidak terkecuali ramai di dalam industri kreatif misalnya gemar mengenakan kemeja-T polos seperti itu kerana ia mampu menonjolkan personaliti seseorang yang ringkas tetapi mampu berkarya dengan baik.

Penganalisis Fesyen Dr Zulhaili Akmal Ismail berkata, pemakaian kemeja-T polos sebenarnya boleh menjadi asas dalam gaya seseorang.

"Kemeja-T hitam atau putih polos ini mudah untuk disuai padankan dengan pelbagai warna lain dan juga mampu membentuk gaya yang menarik.

"Bagi sesetengah individu, pemakaian kemeja-T polos putih atau hitam mudah kerana ia boleh dipadankan dengan pelbagai rona seluar atau skirt," katanya.

Justeru, Dr Zuhaili kongsikan beberapa tip suai padan kemeja- T hitam atau putih yang mampu membentuk gaya menarik.

1. Blazer 'oversized'

Suai padan dengan blazer 'oversized' sangat sesuai untuk gaya

'power dressing.' Power dressing adalah istilah yang memberi definisi memperkasa wanita untuk berkata tidak kepada budaya seksis dan misogini.

Jika anda mahu boleh di suai padankan dengan gaya kasual bersama seluar denim dan sneakers. Untuk gaya formal, pilihlah seluar paras pinggang atau 'high waisted pants' yang sesuai untuk pemilik tubuh rendah. Ia membuatkan anda kelihatan langsing dan tinggi.

Pilihan seluar potongan tirus ini pasti membuatkan diri anda tampil moden. Bagi gaya yang lebih feminin, gaya anda pasti akan lebih menyerlah dengan sepatu tumit tinggi.

Potongan blazer ini bagaikan manifestasi yang memberi nafas baru kepada generasi wanita moden yang ingin mengharungi rona kehidupan dan kerjaya.

2. Layering

Layering sama ada dengan kardigan labuh, jaket kulit atau gaya yang lebih kasual dengan bomber jaket. Layering dengan kardigan labuh, jaket kulit atau bomber jaket ini .

Kardigan panjang ini selesa dan dianggap lebih sopan kerana tidak melekap. Gaya berlapis ini menyuntik elemen segar dan santai pada penampilan tanpa terlalu mencuba.

Kemeja-T hitam atau putih boleh dipadankan dengan kardigan warna tanah kemerahan ini amat sesuai bagi si tinggi lampai dengan rona kulit kuning langsat atau sawo matang.

Bagi si pemakai dengan rona kuning langsat, anda juga boleh bereksperimentasi dengan memakai kemeja-T hitam atau putih dan padankan senada dengan warna kardigan anda.

3. Blazer bercorak jalur atau kotak-kotak

Gabungan dengan blazer bercorak jalur atau kotak-kotak. Salah satu gaya yang paling popular dan digemari oleh semua lapisan umur ialah trend jalur atau motif kotak-kotak.

Memberi kesan bersahaja, kombinasi ini pasti akan kelihatan lebih segar untuk gaya anda.

4.'Tuck-in instead of tuck-out.'

Pastikan kemeja-T hitam atau putih anda digayakan dengan seluar dan dimasukkan dengan gaya French tuck. French tuck digayakan dengan memasukkan bahagian hadapan ke dalam seluar panjang sementara bahagian belakang kemeja-T dibiarkan agak longgar dari seluar.

Jika kemeja-T sedikit labuh, masukkan ke dalam dengan loose tuck-in. Tidak perlu tuck in semua ke dalam seluar atau dikenali full tuck.

Mulakan gaya kemeja-T asas dengan gayakan blaus dengan French tuck atau loose full tuck.

Tip basuhan

Rendam sebentar sahaja kemeja-T dengan pelembut fabrik supaya ia lebih lembut dan lebih wangi kemudian bilas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 6:31 AM