TANPA diskriminasi saiz badan, stail ini boleh digayakan sesiapa saja.
TANPA diskriminasi saiz badan, stail ini boleh digayakan sesiapa saja.
Shuhada Mansor


Apa itu ‘crop top’? Bagi anda yang mungkin pernah nampak tapi tidak tahu namanya, ia antara gaya baju yang dipakai agak senteng dan pendek.

Stail ini selalunya digayakan gadis urban yang berani kerana ada kalanya ia dipadankan dengan seluar atau skirt menampakkan sedikit bahagian tubuh.

Bagaimana untuk padankan gaya ini dengan stail di Malaysia supaya kelihatan lebih sopan dan pada masa sama, trendy? Gen Y bantu anda.

SELUAR HIGH WAIST

Seluar jenis ‘pinggang tinggi’ penyelamat untuk anda yang mahu menggayakan crop top tanpa memperlihatkan bahagian tubuh. Bahagian yang senteng dapat ditutup dengan seluar pinggang tinggi sekali gus membuatkan anda lebih selesa.

PILIH YANG LEBAR

Sama ada seluar, skirt atau blaus jenis kembang adalah kombinasi terbaik untuk anda gayakan dengan crop top. Ia akan menonjolkan konsep eksklusif di samping mengekalkan gaya urban dan profesional pada masa sama. Pilihan ini boleh diguna pakai oleh mereka yang berbadan berisi kerana unsur longgar membuatkan penampilan lebih bersahaja.

‘MIX & MATCH’

Padankan crop top warna polos dengan luaran berwarna dan motif pelbagai antara gabungan menarik boleh anda cuba. Atau pakai kemeja di bahagian dalam dan crop top di bahagian luar. Gaya ini akan menampakkan anda lebih santai namun ada stail tersendiri.

BERANI MENCUBA

Mungkin fesyen ini banyak digayakan gadis berani dengan memperlihatkan perut langsing. Hijabista juga mampu menggayakannya. Padanan crop top berlengan panjang dengan dress labuh di bahagian dalam mampu memperlihatkan sisi lain gaya harian anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 7:18 AM