RONA merah yang mencuri perhatian. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC
RONA merah yang mencuri perhatian. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC
Fairul Asmaini Mohd Pilus

FABRIK pilihan ramai yang selesa terutama kapas selama ini sering dijadikan rekaan busana tradisional seperti kurung, kebarung atau kebaya.

Tetapi, revolusi dalam fesyen menjadikan fabrik itu kini mengalami perubahan apabila pereka tempatan semakin bijak dan berani menggunakan kapas dalam penghasilan pelbagai rekaan busana moden.

Ia turut menjadi pilihan jenama tempatan, Mek Kembang Cotton (MKC) dalam koleksi pakaian menarik yang sedia dipakai sempena Syawal kali ini.

Himpunan terbaharu MKC itu menampilkan 20 rekaan baju kurung, kebaya dan kurung moden menarik dengan 10 rekaan baju Melayu menawan untuk si jejaka.

Semua busana masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, namun dikemaskan dengan unsur moden seperti perincian zip di bahagian tangan dan depan baju.

KURUNG moden rona hijau menawan. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC
KURUNG moden rona hijau menawan. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC

SELESA fesyen kurung moden dengan rekaan tangan tersendiri. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC
SELESA fesyen kurung moden dengan rekaan tangan tersendiri. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC

Selain itu, rekaan tangan baju juga dipelbagai bagi memberi keselesaan kepada pemakai.

Keseluruhan koleksi berkenaan bermotif corak bunga dalam rona pastel yang ternyata lebih ceria untuk digayakan.

Berbeza dengan koleksi pakaian kapas sedia ada di pasaran, fabrik yang digunakan dalam rekaan itu menggunakan teknik cetakan terang untuk menyerlahkan cerita tersendiri dalam setiap rekaan.

Lebih menarik, koleksi itu turut menampilkan pelakon terkenal, Ruhainies sebagai 'muse' dan dia dipilih kerana perwatakannya yang manis dan feminin.

REKAAN baju Melayu menawan untuk si jejaka. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC
REKAAN baju Melayu menawan untuk si jejaka. FOTO Aswadi Alias & Koleksi MKC

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 7:00 AM