RUMAH menjadi pusat aktiviti termasuk pusat pembelajaran. FOTO Sumber Google
RUMAH menjadi pusat aktiviti termasuk pusat pembelajaran. FOTO Sumber Google
HM Digital

SEORANG kenalan pernah berkongsi tiada detik paling menenangkan melainkan dengan menyusun bekas makanan atau mengemas peti ais.

Menyingkap perkongsiannya itu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sewajarnya kita memulakan norma baru dengan melakukan kerja rumah.

Ini kerana terdapat implikasi positif di sebalik pengurusan rumah dalam keadaan baik dan teratur mengikut perspektif psikologi.

Satu kajian dilakukan kumpulan penyelidik Indiana University Amerika Syarikat diketuai Prof Nicole R Keith mendapati orang yang mempunyai rumah bersih lebih sihat berbanding rumah yang tidak kemas.

Penemuan itu juga memberi kesimpulan menarik iaitu mereka yang menjaga kebersihan rumah memiliki hidup lebih aktif berbanding menilai individu berdasarkan jarak mereka berjalan seharian.

Selain itu, Jurnal Ilmiah Psikologi Personaliti dan Sosial diterbitkan pada 2010 memberi pandangan keadaan rumah berselerak atau tersusun boleh menentukan perbezaan kadar stres dialami mereka.

KEMAS rumah bersama. FOTO Sumber Google
KEMAS rumah bersama. FOTO Sumber Google

Dikukuhkan lagi dengan tinjauan dilakukan National Sleep Foundation Amerika Syarikat mendapati individu memiliki tabiat mengemas katil setiap pagi menikmati kualiti tidur lebih baik.

Disenaraikan tiga sebab untuk anda mulakan amalan membersih dan menguruskan rumah ketika PKP ini:

1. Anda mempunyai banyak waktu kualiti di rumah.

Kalau sebelum ini sibuk dengan kerja dan waktu di luar, ketika PKP anda banyak masa bersama dan salah satunya mengemas rumah.

Ini juga peluang untuk wanita yang berperanan sebagai isteri atau ibu boleh ganding bersama suami dan anak-anak untuk turut membantu.

2. Ketika ini fokus untuk meminimumkan perbelanjaan, optimumkan penggunaan sumber sedia ada dalam rumah.

Tatkala ketika PKP rumah adalah fokus, justeru segala sumber yang ada baik makanan sehingga barangan dalam peti ais mungkin tercatat kemas dalam senarai inventori anda.

Waktu ini juga isi rumah baik isteri mahupun suami menilai keperluan sumber asas makanan dan lain-lain dijadikan bekalan.

3. Ruang tertentu berubah dalam rumah mengikut keperluan.

Apabila PKP berlaku, rumah adalah pusat aktiviti iaitu ibu bapa bekerja dan anak belajar.

Secara tidak langsung pada waktu ini banyak ‘try dan error’ dilakukan membolehkan masing-masing memahami peranan serta tugas.

SUSUN atur rumah kemas memberi impak baik individu mahupun penghuni rumah lain. FOTO Sumber Google
SUSUN atur rumah kemas memberi impak baik individu mahupun penghuni rumah lain. FOTO Sumber Google

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 6:30 AM