PASTIKAN rambut kering sebelum menyarung tudung. FOTO: Sumber Google
PASTIKAN rambut kering sebelum menyarung tudung. FOTO: Sumber Google
Hafiz Ithnin

SUDAH menjadi kebiasaan wanita Muslimah memakai tudung dalam jangka masa yang panjang.

Pada masa sama, di sebalik tudung tentunya tersimpan mahkota yang paling bernilai iaitu rambut.

Kadangkala dalam keadaan cuaca panas terlalu lama boleh menyebabkan rasa kurang selesa.

Ada juga antara kaum hawa yang mengalami masalah kulit kepala atau rambut rosak.

Jangan risau kerana di bawah ini terdapat beberapa tip yang mungkin anda boleh praktikkan untuk menjaga mahkota berharga anda itu.

MENYEMBUR rambut dengan wangian yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut. FOTO: Sumber Google
MENYEMBUR rambut dengan wangian yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut. FOTO: Sumber Google

1. Jangan terus menyarung tudung ketika rambut masih basah

Pastikan rambut dalam keadaan kering sebelum menyarung tudung kerana keadaan rambut yang basah dan tertutup boleh menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.

Apatah lagi, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala yang sensitif.

2. Pilih fabrik sesuai dan selesa

Ketika ini di pasaran banyak jenis kain tudung ditawarkan kepada pengguna.

Jangan malu untuk bertanya jenis kainnya kerana jika jenis panas menyebabkan rasa kurang selesa.

Apatah lagi, berada di luar rumah dalam tempoh lama.

PEMILIHAN fabrik penting bagi anda selesa memakai tudung. FOTO: Sumber Google
PEMILIHAN fabrik penting bagi anda selesa memakai tudung. FOTO: Sumber Google

3. Buat rawatan rambut

Tidak salah juga manjakan rambut anda dengan bertandang ke salun untuk melakukan rawatan yang sesuai kerana ia juga mempunyai penjagaan khusus.

4. Pakai semburan rambut

Terdapat juga pelbagai semburan rambut dijual di pasaran.

Pastikan anda memilih yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala.

Walaupun anda ingin mengelakkan ia berbau tetapi pastikan produk semburan tidak memberi kesan buruk kepada mahkota anda itu.

5. Jaga pemakanan

Sebenarnya pemakanan juga penting bagi memastikan kulit kepala dalam keadaan baik dan rambut tumbuh sempurna.

Walaupun memakai tudung dalam tempoh lama tetapi anda bijak menjaga pemakanan boleh membantu menjadikan kulit kepala sihat.

MAKAN makanan berkhasiat dapat memberi kesan kepada rambut lebih baik. FOTO: Sumber Google
MAKAN makanan berkhasiat dapat memberi kesan kepada rambut lebih baik. FOTO: Sumber Google

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 6:30 AM