Nurul Husna Mahmud


KENTING Development Sdn Bhd (KDSB) terus kekal relevan dalam pasaran hartanah menerusi penawaran produk hartanah kediaman beraras tinggi atau kondominium pertama miliknya di Residensi Vista Bayu, Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Misi ahli syarikat E&J Group of Companies iaitu pemangkin dalam industri infrastruktur, pembinaan dan pembangunan sejak 20 tahun lalu itu giat memenuhi impian bakal pemilik kediaman untuk memiliki hartanah sendiri dengan harga mampu milik.

Menurut Pengarah KDSB, Ir Mervyn Ung, projek kondominium terbaru itu dijangka menjadi tumpuan bakal pembeli hartanah terutama golongan berkeluarga kerana menepati gaya hidup dan keperluan masyarakat terkini.

"Selepas 10 tahun, membangunkan kediaman mampu milik dengan pilihan berlaman seperti banglo, semi-D, teres satu tingkat dan dua tingkat, KDSB mengotakan janji dengan mempelbagaikan pilihan dalam kediaman mampu milik buat semua.

"Projek kondominium pertama dibangunkan KDSB, Residensi Vista Bayu, Sungai Ramal ini mempunyai 187 unit di atas tanah rizab Melayu dengan status pegangan bebas.

KONDOMINIUM baru di kawasan penempatan yang matang.
KONDOMINIUM baru di kawasan penempatan yang matang.

"Kekal dengan matlamat sama iaitu mahu menyediakan kediaman mampu milik yang sempurna dikelilingi fasiliti menarik seperti kolam renang, kawasan barbeku, taman permainan kanak-kanak, bilik gimnasium, dewan serba guna serta surau pastinya melengkapkan gaya hidup terkini.

"Menariknya kondominium 14 tingkat itu dibina dengan menimbang keselesaan penghuni dan kejiranan setempat apabila kepadatan penduduk tidak terlalu padat selain keluasan unit sekitar 900 hingga 1400 kaki persegi sangat selesa diduduki penghuni berkeluarga.

"Projek ini jelas menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek beraras tinggi daripada KDSB seiring dengan pembangunan kediaman berlaman," katanya.

TAMAN dalam kawasan kediaman antara ciri unik dan istimewa.
TAMAN dalam kawasan kediaman antara ciri unik dan istimewa.

Tambah Mervyn lagi, penghuni juga menikmati kelebihan dari sudut infrastruktur dan persekitaran kondusif kerana membangun di kawasan penempatan matang.

"Lebih menguntungkan, Residensi Vista Bayu terletak di lokasi yang cukup strategik dalam sebuah penempatan yang matang dan membangun, dikelilingi pelbagai kemudahan sempurna.

"Antaranya sekolah, masjid, hospital, stesen minyak, bangunan komersial dan pastinya pelbagai jenis kedai makanan.

SELESA dan sesuai diduduki penghuni sudah berkeluarga.
SELESA dan sesuai diduduki penghuni sudah berkeluarga.

"Lebih istimewa lokasinya tidak jauh dari bandar seperti Bangi, Kajang, Putrajaya atau Cyberjaya. Semua itu boleh dinikmati dengan penawaran harga bermula daripada RM348,000," katanya.

Istimewa buat bakal pembeli, mereka juga akan menghuni bangunan ikonik di Kajang yang mana kondominium pertama memiliki taman di bumbung. Selain itu, KDSB turut memberikan penyaman udara dan kabinet dapur percuma.

Bagi mendapatkan maklumat berkenaan projek Residensi Vista Bayu dengan lebih mendalam boleh mengunjungi pejabat jualan Residensi Vista Bayu yang beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 6:20 AM
MERVYN bersama model Residensi Vista Bayu.
MERVYN bersama model Residensi Vista Bayu.