M ADORA siap lebih awal daripada tarikh yang dirancang.
M ADORA siap lebih awal daripada tarikh yang dirancang.
Hafiz Ithnin


Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) meraikan projek kediaman M Adora di Wangsa Melawati yang siap lebih awal dan pelbagai pencapaian yang diraih menerusi pembangunan projek berkenaan.

Terletak kira-kira sembilan kilometer dari KLCC, projek kediaman itu mencerminkan Mah Sing antara pemaju yang memperkenalkan produk hartanah perumahan di dalam kawasan kejiranan sudah matang di Setapak dan dikelilingi kemudahan jaringan lebuh raya serta kemudahan untuk dinikmati penghuninya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, M Adora turut mendapat beberapa pengiktirafan antaranya pencapaian mata tertinggi Qlassic sebanyak 85 peratus untuk pengiktirafan pembinaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kalangan projek yang pernah dibangunkan syarikat berkenaan.

"Kami berbangga dapat menyiapkan projek lebih awal daripada yang dijadualkan dengan kualiti yang baik.

"M Adora turut menjadi jenama yang mencerminkan tema moden yang mempunyai harga mampu milik di kawasan Kuala Lumpur.

"Lebih tiga dekad di dalam industri hartanah, kami secara konsisten melakukan inovasi dan penilaian untuk menghuni masa hadapan. Selain itu, turut berbangga dapat kepercayaan 45,000 pemilik kediaman yang dibina oleh syarikat.

"Kami turut ingin terus membina lebih banyak kediaman mewah mampu milik pada masa depan," katanya.

M Adora adalah projek pembangunan kediaman strata dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM399 juta.

Ia mempunyai dua menara dengan 677 unit kediaman yang mempunyai tiga jenis iaitu tiga bilik tidur, 3+1 bilik tidur, empat bilik tidur dan empat bilik tidur atau unit 'dual key.'

Dari segi keluasan ia bermula dari 850 hingga 1,200 kaki persegi dengan pemandangan Kuala Lumpur dan kawasan tanah tinggi di sekitarnya.

Tidak sekadar itu, penduduk boleh menikmati waktu riadah du Sky Bridge dan Deks yang menghubungkan menara A dan B.

Katanya, bersandarkan kejayaan M Adora, syarikat itu turut melancarkan M Astra di kawasan sama pada Disember tahun lalu memandangkan terdapat permintaan pembeli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 6:55 AM