TAWAR ruang pameran seluas 49,543 kaki persegi di kawasan berkeluasan keseluruhan 142,000 kaki persegi.
TAWAR ruang pameran seluas 49,543 kaki persegi di kawasan berkeluasan keseluruhan 142,000 kaki persegi.
Lizam Ridzuan


MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) menerusi cawangan pengedarnya, Hap Seng Star Bukit Tinggi, merasmikan pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbesar untuk jenama itu di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM Sagree Sardien berkata, autohaus itu menawarkan ruang pameran seluas 49,543 kaki persegi di dalam kawasan berkeluasan keseluruhan 142,000 kaki persegi.

Ia menyasarkan pelanggan di Klang dan sekitarnya.

"Pembukaan Mercedes-Benz autohaus di Bukit Tinggi, Klang adalah bukti komitmen bersama untuk meningkatkan standard jenama mewah untuk pelanggan kami di Malaysia.

"Autohaus ini juga menampilkan ciri moden dengan peningkatan kapasiti untuk perkhidmatan pelanggan serta transformasi digital, perlindungan data dan pengalaman pemilikan lebih eksklusif," katanya pada perasmian itu.

PERKHIDMATAN selenggara oleh juruteknik terlatih.
PERKHIDMATAN selenggara oleh juruteknik terlatih.

Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mempunyai kapasiti pameran sehingga 45 kereta dalam satu masa serta kemudahan baharu seperti Star Lounge, kafe layan diri, bilik permainan kanak-kanak dan bilik solekan wanita.

Ia juga menawarkan produk gaya hidup termasuk rangkaian aksesori mewah dan koleksi butik Mercedes-Benz.

Dengan keupayaan selenggara, Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus mensasarkan sehingga 900 kenderaan akan diselenggara dalam tempoh sebulan pada masa akan datang.

Bagi pemilik kenderaan elektrik (EV) Mercedes-EQ, ia juga menyediakan empat ruang pengecas Aliran Terus (DC) 120kW di kawasan parkir dan ruang servis utama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 6:30 AM