Wiedner (kiri) dan Pengerusi C&C Haslam Preeston ketika majlis pelancaran Cheras Autohaus hari ini. FOTO Rosela Ismail
Wiedner (kiri) dan Pengerusi C&C Haslam Preeston ketika majlis pelancaran Cheras Autohaus hari ini. FOTO Rosela Ismail
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) melalui pengedarnya, Cycle & Carriage Bintang Berhad (C&C) membuka pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbaru mereka dengan pelancaran Cheras Autohaus.

Ia adalah cawangan ke-12 C&C di negara ini bagi memenuhi keperluan servis dan jualan terutama di sekitar Lembah Klang selatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM Dr Claus Weidner berkata, untuk mengekalkan kedudukan sebagai peneraju kenderaan segmen premium di negara ini, perkhidmatan selepas jualan sentiasa menjadi fokus utama mereka.

“Pemilik dan bakal pembeli akan menikmati pengalaman terbaik di setiap pusat jualan dan servis kami dengan ciri elegan dan kemudahan selesa ketika menunggu kenderaan diselenggara,” katanya.

Cheras Autohaus menyediakan tujuh ruang servis serta mampu memuatkan 15 kenderaan di ruang pameran serta 10 model terkini disediakan untuk sesi pandu uji.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 4:02 PM