WONG (dua kiri) dan Wiedner (dua kanan) ketika majlis memperkenalkan Autohaus PJ.
WONG (dua kiri) dan Wiedner (dua kanan) ketika majlis memperkenalkan Autohaus PJ.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd bersama pengedarnya Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) memperkenalkan pusat pameran dan servis CCB Autohaus yang ditambah baik di Petaling Jaya, hari ini.

Sejumlah RM43 juta dilaburkan CCB Autohaus di Petaling Jaya (CCB PJ) untuk menyediakan ruang dalaman dan keselasaan buat pelanggan dengan hiasan Identiti Korporat Mercedes-Benz (CI) terkini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner, pengalaman dan keselesaan pelanggan di pusat servis amat penting buat jenama kenderaan yang berusia 130 tahun ini.

"Kecemerlangan prestasi dan rekaan kenderaan ini sebagai jenama premium perlu dikekalkan untuk khidmat selepas jualan yang baik dan kami berbangga Cycle & Carriage Bintang Berhad menjadikan CI ini sebagai satu elemen penting buat pelanggan di Malaysia," katanya selepas majlis itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Datuk Wong Kin Foo berkata, kini terdapat 11 pusat pameran, jualan dan servis di Malaysia dan akan membuka yang ke-12 di Cheras pertengahan tahun ini dengan semuanya juga akan ditambahbaik dengan CI Mercedes-Benz secara berperingkat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 3:29 PM