Oleh Muhamaad Razis Ismail dan Nurul Husna Mahmud


Kuala Lumpur: Jarak perayaan terlalu dekat selain cuti sekolah panjang tahun ini dijangka menyebabkan 'kemarau bekalan darah'.

Ia dijangka berlaku kerana kedua-dua perkara ini menjejaskan kehadiran penderma darah, sekali gus memberi kesan kepada stok bekalan darah negara.

Menurut Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara (PDN) Dr Azmanira Aziz, pihaknya menjangkakan senario kemarau bekalan darah boleh berlaku jika jumlah penderma yang mengunjungi pusat derma darah, termasuklah tabung darah di lain negeri turut 'bercuti'.

"Faktor jarak antara perayaan yang terlalu dekat seperti Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah (Februari), Ramadan (April) dan sambutan Aidilfitri, termasuk musim cuti sekolah pada Mei, dijangka memberi cabaran hebat kepada PDN dan tabung darah di seluruh negara untuk memastikan bekalan darah mencukupi.

"Ditambah dengan sentimen negara masih menghadapi pandemik menjadikan kehadiran penderma berkurangan sedangkan keperluan untuk darah setiap hari masih sama," katanya.

Menurut Dr Azmanira, setiap hari, PDN mensasarkan keperluan 2,000 beg darah bagi merawat kira-kira 1,000 pesakit.

Kata beliau, di PDN, kutipan setiap hari tidak kurang 500 hingga 600 beg darah bagi kegunaan 60 hospital swasta dan kerajaan untuk Lembah Klang sahaja.

"Situasi bekalan darah ketika ini masih mencukupi tetapi untuk kumpulan darah tertentu seperti bekalan darah A dan O pula semakin menurun.

"Kebimbangan kami, trend cuti peristiwa berturutan dan panjang boleh menjejaskan kutipan darah akibat kekurangan kehadiran penderma di pusat derma darah," katanya.

Kata Dr Azmanira lagi, analisa ke atas trend pendermaan darah pada 2020 menunjukkan kadar kutipan purata yang didermakan seluruh negara sebanyak 54,589 beg darah sebulan.

"Bagi tahun pandemik (2020), jumlah kutipan mencatat penurunan 12 peratus dengan jumlah darah terkumpul adalah 655,069 beg darah.

"Meskipun mencatatkan penurunan, ia masih dapat membekalkan darah mencukupi kerana jumlah kes pembedahan elektif (pembedahan terancang) berkurangan kerana Covid-19," katanya.

Tambah Dr Azmanira, stok bekalan darah yang mencukupi sangat p

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 1:00 PM