Janna Nick memenangi trofi Bintang paling popular ABPBH 34 pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). FOTO TEAM FOTO
Janna Nick memenangi trofi Bintang paling popular ABPBH 34 pada malam kemuncak ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). FOTO TEAM FOTO
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Janna Nick diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) yang berlangsung malam tadi.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner yang menerima jumlah undi keseluruhan sebanyak 86,374,777 undian meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua yang menyokongnya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyokong termasuklah keluarga dan Dini Schatzmann," katanya.

Dalam ucapannya, Janna turut mengingatkan peminatnya agar tidak berputus asa sekiranya berdepan dugaan dan tekanan.

"Kepada anda di luar sana, sekiranya anda rasa sedih, rasa kecewa dan merasakan yang dunia ini tidak adil, tahulah, jangan pernah putus asa kerana pasti ada sinar buat kita semua. Ikhlas daripada saya, Nurul Jannah, bukan Janna Nick," katanya.

Pada acara sama, Janna turut menggondol kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

 


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 12:05 AM