RAMLAH Ram pada malam kemuncak ABPBH ke-34. FOTO NSTP
RAMLAH Ram pada malam kemuncak ABPBH ke-34. FOTO NSTP
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi, Ramlah Ram mengakui terkejut apabila video nyanyiannya menyanyikan lagu Siapa Yang Bersalah tular di media sosial.

Video itu menampilkan perbandingan antara nyanyiannya pada 1991 dan juga yang terbaharu pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) yang berlangsung minggu lalu.

"Saya sendiri pun tak pernah terfikir langsung bahawa persembahan itu akan tular. Selepas membuat persembahan pada ABPBH 34, keesokan harinya saya ke Kelantan.

"Sewaktu di sana, ada yang memaklumkan bahawa video persembahan lagu Siapa Yang Bersalah tular dan orang mula dengar semula. Memang saya gembira," katanya kepada Harian Metro. 

Ramlah, 56, berkata, sepanjang 35 tahun bergelar penyanyi, dia tidak pernah menurunkan kunci nada atau 'key' setiap kali membuat persembahan. 

"Alhamdulillah, saya memang menyanyi menggunakan 'key' asal sejak dulu lagi. Kalau turunkan 'key' saya sendiri rasa tak puas hati sebab sudah terbiasa dengan 'key' asal. 

"Bukan saya berniat nak menunjuk atau apa, tetapi ia lebih kepada keselesaan dan kepuasan hati sendiri," katanya.

Dalam video tular yang dimuat naik pengguna TikTok di platform media sosial itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kemampuan Ramlah dalam melantunkan suaranya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 3:17 PM