Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 17,045 menjadi angka tertinggi setakat sekali gus jumlah kumulatif mencecah 1,013,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menjadi negeri mencatat kes harian paling tinggi iaitu 8,500 kes.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur pula merekodkan 2,045 kes, Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Negeri Sembilan (513) dan Sarawak (407).

Perak pula merekodkan 609 kes diikuti Pulai Pinang (573), Pahang (424), Melaka (370), Terengganu (273), Kelantan (266), Labuan (21), Putrajaya (50), Perlis (10).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 4:18 PM