Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat kepada 4,965 kes, hari ini berbanding 4,262 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia mencecah 2,667,999 kes, setakat ini.

Katanya, Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 3:02 PM