Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 merekodkan 19,257 kes hari ini sedikit menurun berbanding 20,889 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,243,852 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,450 kes.

"Selain itu, Johor merekodkan (1,182 kes), Sabah (1,255), Sarawak (573), Negeri Sembilan (884) dan Kedah (1,514).

"Pulau Pinang pula merekodkan (959), Kelantan (930), Perak (774), Melaka (414), Pahang (714), Terengganu (425), Labuan (2), Putrajaya (56) dan Perlis (41)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 4:10 PM