Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Kes baharu Covid-19 kembali meningkat apabila 5,244 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 711,006.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,001 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes, Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245) dan Kedah (189).

"Hanya Perlis mencatatkan pertambahan kes satu digit, iaitu satu kes," katanya menerusi Facebooknya hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 3:06 PM