FOTO ihsan Instagram Aishah Sinclair
FOTO ihsan Instagram Aishah Sinclair
Riadz Radzi


PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair, 39, dikatakan sudah tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugas sebelum mendapat berita abangnya, Ashraf, 41, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Aishah mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan bersama dua lagi penyampai iaitu Rod Monteiro dan Prem.

Perkara itu dikongsikan Rod dan Prem dalam program berkenaan pagi, hari ini.

“Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.

Katanya, sebaik dimaklumkan, Aishah yang terkejut terus bergegas pulang sebelum mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu dan bapanya.

Difahamkan, Aishah dimaklumkan Ashraf meninggal dunia ketika sedang tidur.

Ashraf meninggal dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta.

Ashraf yang juga suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 10:18 AM