ANTHONY memberikan ucapan selepas selesai pengebumian Asraf. FOTO DETIKCOM
ANTHONY memberikan ucapan selepas selesai pengebumian Asraf. FOTO DETIKCOM
Agensi

“ASHRAF memang sudah tiada, tapi dia ada di sini,” kata bapa Allahyarham Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair sambil memegang kepala anak Ashraf dan Bunga Citra Lestari (BCL), Noah Aidan Sinclair, 10.

Mohamed Anthony berkata demikian ketika berucap selepas pengebumian Ashraf di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, hari ini.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 4.47 petang waktu tempatan.

Sebaik Mohamed Anthony memulakan ucapannya, keluarga Ashraf dilihat menangis.

Dalam pada itu, BCL yang berpakaian serba putih dan tudung putih dilihat tenang walaupun matanya kemerahan dan berwajah sembab.

Walaupun dilihat cuba melemparkan senyuman, namun BCL tidak mampu menyembunyikan kesedihannya.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun di Hospital MMC, Jakarta, pada jam 4.51 pagi hari ini akibat serangan jantung.

Berita Berkaitan

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 7:12 PM