FOTO Ihsan Agensi
FOTO Ihsan Agensi
Agensi

JENAZAH pelakon tanah air, Ashraf Sinclair akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas solat Asar, hari ini.

Portal berita Kompas.com melaporkan maklumat itu dipaparkan menerusi papan kenyataan di depan rumah duka yang menempatkan jenazah Ashraf di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan.

Rumah duka adalah rumah yang menempatkan jenazah sebelum dikebumikan.

Ashraf yang suami kepada penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL meninggal dunia pada jam 4.51 pagi akibat serangan jantung.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan dikurniakan anak lelaki Noah Aidan Sinclair, 10.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • 'Miss you guys so much'

  • Pemimpin negara ucap takziah
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 1:53 PM