TANAH perkuburan Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. FOTO ihsan Instagram Aishah Sinclair
TANAH perkuburan Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. FOTO ihsan Instagram Aishah Sinclair
Sudirman Mohd Tahir


PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair menyifatkan abangnya, Allahyarham Ashraf Sinclair sangat disayangi dan hebat.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair disahkan meninggal dunia di Hospital MMC, Jakarta, semalam, akibat serangan jantung.

Aishah menerusi Instagram malam tadi memuat naik gambar di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia iaitu tempat Allahyarham dikebumikan petang semalam.

“Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menghubungi dan datang dari jauh semata-mata untuk arwah. Ini menjadi hari paling sukar yang pernah saya dan keluarga alami. Kasih sayang dan sokongan anda amat bermakna kepada kami.

“Ia juga membuktikan bahawa Ashraf sangat disayangi. Dia sangat hebat,” tulis Aishah di Instagram.

Perkongsian itu menerima lebih 50,000 tanda suka dan lebih 1,600 komen yang sebahagian besarnya mengucapkan takziah buat mereka sekeluarga.

Aishah yang menerima berita sedih itu 10 minit sebelum dia ke udara di stesen radio Mix FM pagi semalam bergegas mengambil penerbangan ke Jakarta bersama bapa, Mohammed Anthony John Sinclair dan ibunya, Khadijah Abdul Rahman.

Mereka tiba di rumah Ashraf kira-kira jam 2 petang waktu Malaysia.

Ashraf mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005 sebelum mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia.

Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta dan dikurniakan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.

Berita Berkaitan

  • BCL hilang kata-kata, masih terkejut

  • 'Ashraf 'ada' di sini' - Mohamed Anthony John Sinclair

  • BCL mahu 'berdampingan' dengan Ashraf

  • Aishah tergamam, panik dan pucat - Prem Shanker

  • Tasbih hitam sentiasa dalam genggaman

  • Ashraf Sinclair selamat dikebumikan

  • Jenazah Ashraf dibawa ke tanah perkuburan

  • Ashraf Sinclair terpaksa tolak tawaran PGL

  • Ashraf Sinclair seorang dermawan [METROTV]

  • 'Ashraf lebih sihat daripada kami' - Doddy

  • Ashraf Sinclair dikebumi di San Diego Hills

  • Pemimpin negara ucap takziah

  • 'Miss you guys so much'

  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella

  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah

  • Khabar berita ketika mula tugas

  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 11:44 AM