POLIS mengeluarkan mayat mangsa yang disimen dan disumbat dalam peti sejuk. FOTO Agensi
POLIS mengeluarkan mayat mangsa yang disimen dan disumbat dalam peti sejuk. FOTO Agensi
Agensi

POLIS memburu rakan pemaju hartanah wanita yang mayatnya ditemui disimen dalam peti sejuk di rumahnya di Chiang Mai, Thailand, Ahad lalu.

Woraphan Jiracharoenying, 59, iaitu abang kepada jutawan Wannee Jiracharoenying, 58, pergi ke rumahnya selepas wanita itu tidak menjawab pesanan teks namun gagal menemuinya.

Menurut Daily Mail, mangsa yang sering menyalurkan derma untuk kebajikan dipercayai hilang sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di utara Thailand.

Jiran kemudian membuat laporan polis selepas terhidu bau busuk dari rumah wanita itu dan siasatan menemui mayat disimen dalam peti sejuk.

Polis percaya lelaki dikenali sebagai Oom yang juga rakan wanita itu boleh membantu siasatan kematian Wannee.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Bundit Tungkhaseranee berkata, siasatan mendapati kereta serta kad ATM mangsa didapati hilang dan sejumlah besar wang dikeluarkan dari akaun wanita berkenaan selepas kematiannya.

WANNEE
WANNEE

“Pada hari wanita itu gagal dihubungi keluarganya, suspek mengeluarkan wang dari akaun mangsa melalui mesin juruwang automatik (ATM) di Chiang Mai, Chiang Rai dan Mae Hong Son berjumlah 1.2 juta baht (£30,967).’

“Maklumat terbaru daripada bank menyatakan suspek sekali lagi mengeluarkan wang melalui ATM di Rayong dan CCTV berjaya merakam wajahnya,” katanya.

Bundit berkata, pihaknya kini memantau sempadan untuk mengesan pergerakan suspek yang mungkin cuba melarikan diri.

“Kami percaya suspek melakukan jenayah itu kerana mahu mencuri wang memandangkan mangsa sering menderma dalam jumlah besar kepada kuil dan hospital,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 6:15 AM