Bangkok: Seorang pelancong China maut selepas patah tengkuk ketika aktiviti ‘flying fox’ di Chiang Mai, semalam.

Kolonel Adun Somnuk berkata, dalam kejadian Ahad lalu itu, mangsa berusia 32 tahun itu meluncur 600 meter, tetapi seorang pekerja tidak sempat menangkap untuk menghentikan luncurannya.

Akibatnya mangsa melanggar orang di depannya. Pekerja di situ mengejarkannya ke hospital dan doktor berkata, mangsa pengsan ketika menggunakan flying fox berkenaan.

Bagaimanapun, laporan bedah siasat menunjukkan wanita itu yang juga doktor patah tengkuk.

Kakitangan dan saksi kini disoal siasat berhubung kejadian. Polis berkata, pekerja di lokasi itu berdepan kemungkinan didakwa menyebabkan kematian akibat cuai jika ada bukti mencukupi.

Ini kemalangan ketiga membabitkan flying fox di Chiang Mai tahun ini.

Pada Julai lalu, seorang pelancong Amerika patah rusuknya selepas merempuh pelancong China ketika aktiviti itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 8:35 AM