FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Agensi

Riyadh: Kota Suci Madinah disenaraikan pada kedudukan pertama sebagai bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.

Senarai itu berdasarkan kajian dijalankan InsureMyTrip, sebuah syarikat insurans perjalanan yang berpangkalan di United Kingdom.

Berdasarkan laman web syarikat itu, 84 peratus pengembara solo adalah wanita.

Bagi memenuhi keperluan mereka, satu kajian dijalankan bagi mengetahui tempat paling selamat untuk dikunjungi mereka.

Madinah didapati memenuhi kriteria bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo dengan mencapai skor markah penuh 10.

Madinah mendapat kedudukan tertinggi kerana faktor tiada serangan berdasarkan jantina dan berasa selamat berjalan bersendirian waktu malam.

Sementara itu, Chiang Mai, Thailand ialah bandar kedua paling selamat dengan skor markah 9.06.

Ia diikuti Dubai (9.04), Emiriah Arab Bersatu (UAE); Kyoto, Jepun (9.02) dan Macau, China (8.75).

Lima bandar paling selamat untuk pengembara wanita solo.

1. Madinah, Arab Saudi

2. Chiang Mai, Thailand

3. Dubai, UAE

4. Kyoto, Jepun

5. Macau, China

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2022 @ 7:01 AM