HM Digital

MAJLIS Sambutan Ulang Tahun ke-28 Harian Metro di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur hari ini meriah dengan kehadiran lebih 500 tetamu terdiri daripada kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), rakan industri dan beberapa selebriti tanah air.

Antara tetamu hadir ialah Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor; Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein; bekas Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan bekas Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro Abdul Ghafar Ismail serta Ahmad @ Salim Bachok.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mohammad Khaidir Abdul Majid dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Abdul Rashid Yusof.

ANTARA selebriti yang hadir pada Majlis Sambutan Ulang tahun Ke-28 Harian Metro di Balai Berita Bangsar, hari ini. FOTO Nurul Shafina Jemenon
ANTARA selebriti yang hadir pada Majlis Sambutan Ulang tahun Ke-28 Harian Metro di Balai Berita Bangsar, hari ini. FOTO Nurul Shafina Jemenon

Manakala selebriti yang hadir ialah Khai Bahar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Forteen, Fitri Haris, Nabila Razali, Nazim Othman, Lan Solo, Zoey Rahman dan Afieq Syazwan.

Tuan Asri dalam ucapannya berkata, sambutan berkenaan diadakan bagi meraikan kakitangan Harian Metro yang melalui pelbagai transformasi dalam memastikan akhbar dan kandungan berita di dalamnya kekal relevan.

“Alhamdulillah, Harian Metro kini berusia 28 tahun dan diharap semua kakitangan dapat bekerjasama dalam memacu kemajuan syarikat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 8:30 PM
DARI kiri: Yushaimi, Salim, Abdul Ghafar, Mustapa, Ismail, Tuan Asri dan Mustapha memotong pulut kuning sambil diperhatikan Khaidir dan Rashid sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-28 Harian Metro di Balai Berita Bangsar, hari ini. FOTO Zulfadhli Zulkifli