WARGA kerja NSTP mengambil juadah istimewa yang disediakan dalam jamuan, semalam.
WARGA kerja NSTP mengambil juadah istimewa yang disediakan dalam jamuan, semalam.
Asrizal Aris

Kuala Lumpur: Majlis Jamuan Raya Harian Metro 2016 yang diadakan di Balai Berita NSTP, semalam, berlangsung meriah dengan tema baju raya berwarna warni.

Majlis yang bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan di The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan rakan korporat Harian Metro.

Pelbagai juadah enak disediakan termasuk nasi tomato, kambing bakar, sate, lemang, roti jala dan serunding.

Pada masa sama, majlis turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar yang ke-56.

Hadir sama, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali.

Kesempatan itu turut diambil pihak warga kerja Harian Metro untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 9:43 AM