AKSI Firmino melakukan tandukan kencang untuk gol ketiga Liverpool. FOTO AFP
AKSI Firmino melakukan tandukan kencang untuk gol ketiga Liverpool. FOTO AFP
Agensi

London: Jurgen Klopp memuji aksi hebat Roberto Firmino selepas Liverpool menang 3-0 ke atas Leicester City dalam saingan Liga Perdana awal pagi tadi.

Firmino menanduk masuk gol ketiga di Anfield yang juga jaringan keduanya musim ini ketika Liverpool melebarkan rekod tanpa kalah dalam aksi liga di tempat sendiri kepada 64 perlawanan.

Pemain Brazil itu yang kerap dikritik membuat 48 hantaran, 41 hantaran yang berjaya dan enam percubaan - statistik yang paling banyak dilakukannya dalam mana-mana perlawanan liga musim ini.

Klopp memuji sumbangan Firmino dan dia puas hati menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol apabila menanduk masuk sepakan sudut James Milner pada minit ke-86.

"Kami sangat gembira dan lega. Dia berhak meraikannya. Dia bermain sangat hebat dan sekali lagi sangat penting kepada kami,'' kata pengurus Liverpool selepas tamat perlawanan.

"Anda dapat melihat reaksi semua pemain apabila dia menjaringkan gol. Mungkin mereka berfikir 'Ya, sudah tentu penjaring yang tepat."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 5:37 PM