Hanis Aliaa Hidzir

HANYA berbaki beberapa hari lagi sebelum umat Islam meraikan 1 Syawal yang pastinya dinantikan mereka yang tidak dapat beraya di kampung halaman sejak dua tahun lalu.

Selain keterujaan menyambut hari raya bersama sanak saudara, rakyat Malaysia pasti turut menantikan iklan raya menarik.

Berikut 23 iklan raya menarik bagi tahun 2022.

Dumex Dugro® - Kebaikan Dikongsi Bersama, Ramadan Lebih Bermakna

Saksikan keletah Syawal yang ingin berkongsi kebaikan dengan orang sekelilingnya. Keletah comel dan kebijaksanaan Syawal pasti membuatkan anda terhibur.

Xiaomi - Sedetik Cahaya

Filem pendek menyayat hati yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.

Gamuda Land - Rezekey Raya

Gamuda land menerusi Rezekey Raya ingin menekankan bahawa rezeki sentiasa ada dan datang tanpa diduga dan ada kala perkara yang kita rasakan biasa, mungkin tidak terhingga nilainya kepada orang lain.

Maybank - Raya IstiMAEwa

Mengambil hati ibu bapa mentua terutama pada hari raya pertama bukanlah satu perkara mudah. Ikuti kisah Dila mengambil hati keluarga barunya.

Tenaga Nasional (TNB) - Raya Macam Cara!

Tambahkan keterujaan anda untuk beraya dengan filem pendek menarik bertajuk 'Raya Macam Cara!' dari TNB yang menampilkan kepelbagaian serta keunikan dari serata negeri di Malaysia.

Watsons - Gaya Raya Luar Biasa

Watsons tahun ini tampil berbeza dengan mengetengahkan tema futuristik menerusi filem raya mereka. Anda pasti kagum melihat bagaimana Ayda Jebat dan Nabil Mahir pulang berhari raya di bulan.

Yoodo - Jangan Takut Nak Raya

Bagi anda yang mahukan konsep filem raya yang lebih berbeza, saksikan 'Jangan Takut Nak Raya' daripada Yoodo yang menampilkan hantu popular dalam kalangan masyarakat Melayu yang pastinya akan buat anda terhibur.

Yee Lee - Rasa Bersama, Raya Bermakna

Meriahkan Syawal anda dengan dendangan lagu raya yang menampilkan pelakon popular tanah air Remy Ishak dan Farah Nabila.

Goodday - Sekecil Usaha, Sebesar Makna

Goodday tampil dengan sebuah filem pendek yang menekankan kita boleh menyumbangkan bukan sahaja dari segi kewangan malah masa, tenaga juga kemahiran kerana walau tampak kecil namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.

SAFI - Raya Kau Hijau 2.0

Tahun ini SAFI kembali dengan 'Raya Kau Hijau 2.0' menampilkan Anggun adik kepada Ayu yang pulang beraya di kampung bersama-sama ibu dan buah hati kakaknya, Kai.

Redoxon - Kuatkan imuniti, rezeki Ramadan dinikmati

Saksikan Lisa Surihani menyanyi dan menari sambil berkongsi rahsia menguatkan imuniti badan menerusi video musik dari Redoxon.

Kumpulan Pelaburan MARA - Nyawa Mama

Filem raya meruntun jiwa ini pasti membuatkan anda lebih menghargai ibu bapa dan keluarga kerana setiap yang hidup pasti ada penghujungnya.

PTPTN - Jom Beraya, Jom Menyimpan 2022

Anda pasti terhibur dengan gelagat Kak Patin yang ingin berkongsi duit raya dengan anak-anak kecil.

CSR - #MisiManisOverload

Drama pendek bersiri bertajuk #MisiManisOverload yang dibawakan oleh CSR ini pasti buat anda terhibur dengan kisah si kembar tiga, Nana, Mimi dan Yaya. Saksikan juga episod kedua dan ketiga di Youtube rasmi CSR TV.

Digi - Alunan Hati

Singkap kembali ikatan kasih antara Nenek dan Adi apabila mereka mengukuhkan kembali silaturahim menerusi senandung dahulu kala.

Dutch Lady - Berkongsi Kekuatan, Menginspirasi Kebaikan

Video ini bakal memberi semangat untuk setiap kita melakukan kebaikan tidak kira kepada siapa dan di mana jua berada.

LBS BINA - Chom, Acap dan Ketupat

Saksikan kisah inspirasi bagaimana seorang lelaki bernama Acap yang selalu membantu ibunya berniaga sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Pos Malaysia - Kiriman Mak

Anda perlu tonton pengalaman mencabar Ahmad ketika membuat penghantaran ibunya sempena hari raya ini.

Darlie - Semangat Hari Raya

Nikmati lagu berkenaan Semangat Hari Raya dendangan Reza dan MuZza.

foodpanda - Fobia Di Hari Raya

Bila menjelang raya mesti ada dalam kalangan kita fobia dengan pelbagai soalan yang bakal ditanya. Tidak perlu takut sempena Syawal ini asalkan orang yang tersayang ada bersama.

Boost - KebangkiTEN Raya Bersama Geng Budak Merah!

Ikuti pengembaraan Geng Budak Merah dan Ejen Ali untuk bangkitkan semangat raya.

Axiata - Sanubari Aidifitri

Persahabatan Ashraf dan Pakcik Roslan yang terjalin tanpa disangka membawa Ashraf menelusuri perjalanan penuh keinsafan dan kesedaran tentang erti sebenar Aidilfitri.

McDonalds - Kak Long Balik Muar

Dua tahun Kak Long tidak pulang beraya. Pasti kecoh satu rumah dengan gelagat keluarga Kak Long membuat persiapan untuk sambut kepulangan Kak Long.

PETRONAS Raya 2022 '366': Hari ke-123

Dapatkah Poji menghadapi dugaan demi sebuah cinta dengan berani? Ikuti kisah cinta Poji dalam episod kedua drama bersiri PETRONAS '366' Hari Ke-123 istimewa Aidilfitri ini. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami di Harian Metro!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 9:17 AM