Hanis Aliaa Hidzir

SELEPAS dua tahun dirai secara sederhana, Hari Kebangsaan 2022 bakal disambut meriah dengan pelbagai program diatur dan akan diadakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Orang ramai boleh memeriahkan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka disusuli sambutan Hari Malaysia di Melaka pada 16 September nanti.

Selain itu, kemeriahan sambutan Bulan Kebangasaan tidak lengkap tanpa video kreatif yang sarat dengan mesej patriotisme daripada sektor awam dan syarikat korporat.

Berikut 12 video menarik sempena Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Yoodo - Roti Canai Cili Sos vs. The People

Yoodo tampil dengan video menarik berkenaan Amer yang memesan kombo makanan aneh yang dianggap jenayah. Apakah hukuman yang bakal dikenakan kepada Amer?

Axiata - Titik Perubahan

Berasal dari Kampung Orang Asli Che Wong, Intan dihadiahkan sebuah buku mengenai cara memulakan perniagaan.

Dengan semangat membara, Intan mempraktikkan apa yang dipelajari, merebut peluang yang ada untuk membina perniagaan bagi membantu komunitinya bangkit sebagai satu.

Perodua - Di Mana Saja, Kita Satu Keluarga

Video menarik ini memaparkan keunikan ragam dalam pelbagai situasi yang berkait rapat dengan rakyat Malaysia sepanjang menjalani kehidupan seharian.

Antara gelagat yang dipaparkan menerusi video berkenaan termasuk memanggil pelayan 'bos' ketika di luar negara, tawar-menawar harga dengan penjual serta menggunakan 'bah' ketika bercakap dengan rakyat Malaysia yang lain.

PayNet - Syair

Ikuti perjalanan Frankie yang terpaksa berhijrah dari ibu kota ke Terengganu dan bagaimana dia mengharungi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serta kawan baharu.

Air Selangor - Celoteh Merdeka

Tonton keletah comel anak-anak kecil bercerita mengenai perjuangan kemerdekaan negara oleh Tunku Abdul Rahman bersama rakan-rakan seperjuangannya.

TM - Ibu

TM tampil dengan kisah adiwira Malaysia yang tidak didendang, Tan Sri Zainon Sulaiman atau turut dikenali sebagai Ibu Zain, diceritakan sendiri oleh anak perempuannya, Fadzilah Amin (Tok Lah).

Saksikan juga kisah yang diinspirasikan dari hidup Ibu Zain menerusi Wayang Kulit Interaktif 360°, akan datang tidak lama lagi di https://www.tm.com.my/MengukirMalaysia.

Era Foods MY- Nasi Lemak Sebuah Kenangan

Walaupun berbeza bangsa dan agama, keharmonian dapat disatukan melalui satu sajian yang penuh bermakna.

EcoWorld - Siri #AnakAnakMalaysia 2022

Tahun ini, EcoWorld menerusi #AnakAnakMalaysia tampil dengan cerita tentang rakyat Malaysia yang membuat perubahan dalam kerja pertukangan melalui kreativiti dan keazaman bagi mengekalkan hasil kraf Malaysia.

Tema #AnakAnakMalaysia 2022 #GENERASiSENSASi bertujuan memberikan inspirasi kepada anak seni Malaysia bagi memelihara warisan budaya untuk generasi akan datang.

Saksikan siri penuh #AnakAnakMalaysia di sini.

PETRONAS - 366: Hari Ke-243

Episod kelima drama bersiri PETRONAS, 366, membawa kisah sebuah pasukan bola sepak remaja yang ingin menjadi juara dalam perlawanan Pesta Bola Malaysia namun dibatasi ketakutan dan kepercayaan yang rendah terhadap potensi diri dan pasukan.

'Hari Ke-243' turut memaparkan bagaimana watak daripada pelbagai latar belakang dan generasi bersatu mengatasi cabaran sama ada dari luar atau dari dalam diri mereka sendiri.

Dugro - Generasi Anak Hebat!​

Generasi Anak Hebat Dugro® bukan sahaja mempunyai cita-cita, malah membentuk impian mereka dengan nilai-nilai murni.

F&N Malaysia - Dulu, Kini, Selalu F&N

Sertai Zaki dalam menyelami kisah harta Atuk yang paling berharga iaitu sebekas penutup botol yang menjadi sebahagian daripada kenangan Atuk ketika membesar.

CIMB - Melangkah Ke Hadapan Bersama

Sempena Hari Kebangsaan, CIMB tampil dengan video yang mengangkat semangat rakyat Malaysia untuk sentiasa memandang ke hadapan dan tidak berputus asa dalam apa jua kesukaran kehidupan.

Harian Metro mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-65 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2022 @ 7:14 PM