BERBINCANG dengan ahli keluarga lain terutama anak. GAMBAR hiasan.
BERBINCANG dengan ahli keluarga lain terutama anak. GAMBAR hiasan.
Nurul Husna Mahmud


SETIAP kali bercuti pasti ada masalah atau keadaan tidak dijangka berlaku termasuk cuaca. Hujan antara cabaran buat mereka yang bercuti bersama keluarga terutama dengan kanak-kanak.

Jangan disebabkan masalah berkenaan, anda membatalkan percutian dirancang bersama keluarga. Bukan saja anda kerugian kerana ada tempahan dan tiket tidak boleh dibatalkan pada saat akhir, malah emosi anak serta ahli keluarga akan terganggu.

Sebaik-baiknya anda ikuti panduan berikut bagi memastikan perancangan percutian anda tidak terganggu selain merasai pengalaman bercuti dalam musim tidak menentu.

1. Buat kajian selengkapnya berkenaan destinasi dituju

Penting untuk anda mengetahui persekitaran dan kemudahan selain akses kecemasan. Ia boleh memberi panduan berkenaan aktiviti anda boleh lakukan ketika hujan selain mengenal pasti bantuan diperlukan andai ada masalah berkait dengan musim hujan.

2. Perancangan awal

Apabila pergi bercuti sewajarnya anda membuat pelan kedua atau ketiga membolehkan percutian anda tidak terganggu. Mungkin anda boleh sediakan keperluan seperti permainan dan merakam video yang bersesuaian untuk hiburan anak jika terpaksa ‘berkurung’ dalam bilik hotel.

3. Dapatkan pandangan ahli keluarga lain terutama anak berkenaan aktiviti mereka ingin lakukan

Meskipun perancangan percutian itu dilakukan oleh anda, tiada salahnya untuk dapatkan pandangan ahli keluarga lain.

Sekurang-kurangnya anda tidak akan tertekan selain anak mahupun ahli keluarga lain masih dapat bergembira meskipun terpaksa batalkan beberapa aktiviti kerana hujan umpamanya.

4. Lengkapkan pelbagai keperluan penting termasuk ubat-ubatan dan pakaian sesuai

Ada sesetengah lokasi sangat sensitif dengan perubahan suhu sekitar terutama tanah tinggi. Sebaiknya dapatkan pendapat orang tempatan selain lakukan tinjauan awal berkenaan barang diperlukan ketika hujan.

Bagi kanak-kanak mereka mudah dijangkiti selesema dan sebagainya ketika musim hujan. Dapatkan bekalan ubat sepatutnya untuk membantu menangani anak sepanjang bercuti.

5. Cari pakej sesuai

Meskipun anda peminat aktiviti luar, tiada salahnya seimbangkan aktiviti anda dengan tarikan di kawasan tertutup seperti taman tema dalam atau acara lebih santai.

Jadi bandingkan pakej percutian mengikut pilihan aktiviti dalaman dan luar setara atau pakej lebih fleksibel yang boleh diubah mengikut keperluan keluarga anda.

UBAT-UBATAN penting ketika bercuti ketika musim hujan. GAMBAR hiasan.
UBAT-UBATAN penting ketika bercuti ketika musim hujan. GAMBAR hiasan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 8:23 AM