AKTIVITI rekreasi di dalam hutan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
AKTIVITI rekreasi di dalam hutan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hafiz Ithnin


Nampaknya sudah lebih tiga minggu cuti sekolah. Pasti adik-adik di luar sana sedang menikmati keseronokan waktu senggang ketika ini.

Pada masa yang sama, ibu dan bapa pasti mengambil cuti tahunan kerana ini waktu terbaik dan masa paling berkualiti untuk bersama anak.

Baru-baru ini, penulis sempat berbual dengan rakan yang sudah berkeluarga, ada antara mereka masih tercari-cari lokasi percutian sesuai dan paling utama poket ‘tidak koyak besar’ sebaik selesai bercuti.

Mungkin anak kita selalu disogokkan untuk percutian ke taman tema yang pasti kalau seorang dua anak, mungkin kita boleh saja pejam mata untuk keluarkan wang.

Tapi bagaimana kalau anak sudah lima? Mungkin ada rakan sepejabat yang termenung sebaik kembali bertugas.

Usah khuatir, sebenarnya banyak aktiviti percutian dan rekreasi boleh kita lakukan dengan anak tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar dan pengisiannya juga lebih baik.

PEMANDANGAN indah alam semula jadi memupuk rasa cinta kanak-kanak kepada persekitaran sekeliling.
PEMANDANGAN indah alam semula jadi memupuk rasa cinta kanak-kanak kepada persekitaran sekeliling.

Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar pengembaraan mereka di air terjun atau mendaki bukit berdekatan.

Ambil peluang dengan mengajak anak mengembara dalam hutan atau menyertai aktiviti pendakian. Risaukan keselamatan? Sebenarnya ada lokasi mendaki yang mesra keluarga di Malaysia.

Antaranya, di Pantai Blue Lagoon, Port Dickson. Penulis baru saja ke lokasi berkenaan baru-baru ini dan ia bukan saja menarik sebagai tempat berkelah malah anda seisi keluarga juga boleh mendaki Bukit Batu Putih yang mengambil masa sekitar 30 minit.

Sepanjang berada di pantai paling cantik di Port Dickson itu, dapat disaksikan ada kanak-kanak dalam lingkungan usia empat tahun mendaki Bukit Batu Putih. Keletah anak kecil ini sangat comel dan melucukan.

HUSAIN Jahit bersama anaknya, Nur Alisha 4, sering mendaki Bukit Broga.
HUSAIN Jahit bersama anaknya, Nur Alisha 4, sering mendaki Bukit Broga.

Sebaik saja turun dari Bukit Batu Putih itu, ibu bapa juga boleh membawa anak berkelah di Pantai Blue Lagoon untuk aktiviti bermandi-manda selepas penat mendaki.

Di sana lengkap kemudahan tandas bersih dan ada juga medan selera yang menawarkan pelbagai hidangan makanan dengan harga berpatutan.

Jika di sekitar ibu negara, Bukit Gasing dan Bukit Saga juga berkonsepkan pendakian mesra keluarga kerana laluan denai yang perlu dilalui tidak begitu sukar dan paling penting selamat untuk kanak-kanak mendaki.

Selain itu, memandangkan Malaysia mempunyai hutan hujan tropika yang terkenal, pasti air terjunnya juga antara yang sering menjadi lokasi beriadah seisi keluarga.

KELUARGA Shahrul Azuan Shahruddin.
KELUARGA Shahrul Azuan Shahruddin.

Apa kata, belikan khemah yang besar dan muat untuk anda sekeluarga tidur dan berehat di dalamnya. Bawa juga peralatan tambahan lain untuk melengkapkan aktiviti perkhemahan.

Wujudkan juga konsep perkhemahan glamor atau ‘glamping’ iaitu khemah anda siapkan seakan-akan binaan sebuah rumah idaman bersama anak. Ajarkan anak cara memasang khemah dan membuat unggun api serta mengemas aksesori perkhemahan lain.

Anda juga boleh bawa ‘board game’ seperti kad permainan, ‘scrabble’ dan congkak untuk memeriahkan lagi suasana. Jika boleh elakkan anak bergantung kepada permainan digital yang membuatkan mereka menjadi antisosial ketika berkhemah.

PENGAWAL Kebangsaan mengawal ketat bangunan Capitol menjelang upacara angkat sumpah presiden AS yang baharu. FOTO EPA
PENGAWAL Kebangsaan mengawal ketat bangunan Capitol menjelang upacara angkat sumpah presiden AS yang baharu. FOTO EPA

Bahagikan tugasan masing-masing seperti melantik mereka menjadi ketua kebersihan, cef di dapur, penyedia unggun api dan ketua untuk aktiviti permainan bersama keluarga. Secara tidak langsung aktiviti ini memupuk anak menjadi lebih bertanggungjawab.

Ketika ini, untuk membeli peralatan berkhemah juga tidak begitu mahal dan sekali beli, anda boleh gunakan untuk satu jangka masa yang panjang. Jadi, dengan hanya sekali berbelanja ia boleh digunakan berulang kali dan sudah pasti tidak membazir.

Lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti glamping ini misalnya di Sungai Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu; Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu; Sungai Sendat,Ulu Yam; Risda Eco Park, Ulu Slim dan Kem Sungai Pauh, Cameron Highland.

KELUARGA Roziana Rashidi.
KELUARGA Roziana Rashidi.

Aktiviti pengembaraan bersama si cilik bersama ibu bapa sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ketika melancong dan dalam masa sama kita juga boleh memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda.

Lebih memberi manfaat ialah apabila membawa anak ini mengembara dan berekreasi, kita juga dapat menjalankan gaya hidup sihat serta meningkatkan stamina diri masing-masing.

AKTIVITI rekreasi di dalam hutan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
AKTIVITI rekreasi di dalam hutan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 12:55 PM