MERASAI pengalaman berbuka puasa bersama orang tempatan.
MERASAI pengalaman berbuka puasa bersama orang tempatan.
Nurul Husna Mahmud


RAMADAN bulan penuh hikmah khususnya kepada pelancong yang beragama Islam kerana ketika ini bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, malah mengelak untuk melakukan perkara boleh membatalkan puasa.

Namun itu tidak bermaksud mereka tidak boleh melancong. Sebaliknya berkunjung ke destinasi luar terutama negara Islam atau destinasi dihuni Muslim, ia memberi perspektif baharu berkenaan budaya dan amalan setempat terutama cara mereka meraikan Ramadan.

Mulakan tempahan tiket ke destinasi yang dijangka meraikan kehadiran anda dengan pengalaman berbuka puasa di negara orang. Namun sebelum itu teliti beberapa tip perlu anda lakukan sebelum melancong ketika Ramadan.

TIDAK mengira umur dan latar belakang budaya.
TIDAK mengira umur dan latar belakang budaya.

1. Teliti dan rancang terlebih dulu percutian

Bagi pelancong tempatan, biasanya Ramadan ini kebanyakan operator pelancongan termasuk pusat penerbangan mempunyai tawaran unik buat mereka ingin bercuti bulan mulia ini.

Buat tinjauan terlebih dulu berkenaan pakej sesuai dan destinasi menarik boleh anda kunjungi untuk rasai kemeriahan Ramadan diraikan di negara luar.

Antaranya Turki, Timur Tengah dan Indonesia boleh anda fikirkan selain teliti kalendar negara berkenaan bagi memastikan jadual percutian lebih tersusun.

Pastikan aktiviti sesuai dengan kapasiti diri anda

Ketika berpuasa keadaan anda berbeza berbanding waktu melancong pada bulan biasa. Jadi, anda perlu tahu kapasiti tubuh untuk bercuti ketika itu.

TAKLIMAT ringkas sebelum acara turun padang bermula.
TAKLIMAT ringkas sebelum acara turun padang bermula.

Sebaiknya elak lakukan aktiviti berat dan cari destinasi lebih santai bagi mengelak badan mudah letih. Meskipun terdapat ruang bagi musafir dibenarkan berbuka. Namun lebih manis andai mengalami sendiri pengalaman menjalani ibadah itu di negara orang.

Di samping itu, amalan bersahur dan waktu berbuka puasa juga berbeza mengikut negara yang anda kunjungi. Persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.

3. Kenali budaya setempat

Ketika melancong, perlu peka dalam menghormati agama dan budaya orang lain. Jaga adab seperti percakapan atau berpakaian kerana Ramadan dianggap sebagai bulan suci dan mulia.

Kenali juga juadah tempatan seperti hidangan biasa disajikan ketika Ramadan kerana ia kenangan indah untuk diceritakan kepada teman dan keluarga kelak.

DATARAN menjadi tempat ‘berkelah’ bagi orang ramai untuk berbuka.
DATARAN menjadi tempat ‘berkelah’ bagi orang ramai untuk berbuka.

Di Turki umpamanya, orang tempatan meraikan tetamu mereka dengan hidangan manis atau roti ‘Pide’ dan di Brunei pula dengan ketam rebus.

4. Rasai suasana di masjid atau kawasan tumpuan seperti bazar

Jangan lupa sertakan lokasi tarikan seperti bazar Ramadan serta masjid popular di daerah dilawati dalam jadual lawatan anda. Ia secara tidak langsung memberi gambaran Ramadan diraikan rakyat tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 8:14 AM